Thailand Juarai Piala Negara-Negara

Diterbitkan: Isnin, 6 Jun 2016 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Thailand muncul juara kejohanan bola sepak bawah 21 tahun Piala Negara-Negara 2016 setelah menang tipis 2-1 ke atas Malaysia pada aksi final di Stadium Hang Jebat, di sini pada Ahad malam.

Thailand, selaku juara Sukan SEA 2015, melakukan kejutan seawal minit ketiga dengan gol pertama menerusi rembatan Worawut Namvech.

Gol tersebut berpunca daripada sepakan percuma Suradet Klankham terkena tiang dan gagal diselamatkan oleh benteng pertahanan negara.

Minit ke-11 menyaksikan Thailand hampir menambah gol apabila Tanasit Siripala berdepan situasi satu lawan satu dengan Amierul Hakimi Awang namun penjaga gol Malaysia itu pantas menepis percubaan Siripala.

Lima minit kemudian, anak buah Frank Bernhard thampir menyamakan kedudukan apabila Muhd Safawi Rasid membuat larian deras di sebelah kiri padang dan membuat hantaran lintang, namun Muhd Jafri Muhd Firdaus Chew terlepas untuk melakukan sepakan ke arah gawang.

Bagaimanapun, Malaysia berjaya mengikat lawan pada minit ke-35 apabila Muhd Safawi membuat hantaran tinggi dari sebelah kiri kepada Nur Syamie Iszuan Amin yang berlari pantas di sebelah kanan dan kemudian tenang menewaskan penjaga gol Apirak Warawong.

Pada babak kedua, menyaksikan skuad pelawat bimbingan lagenda Thailand, Worrawoot Srimaka, mula mengatur gerakan kemas dan melakukan asakan bertali arus sehingga Malaysia hilang punca untuk melakukan serangan balas.

Asakan pasukan negara Gajah Putih itu akhirnya berjaya menembusi kubu Malaysia apabila Chenrop Samphaodi tenang menyempurnakan gol kemenangan pada minit ke-78, hasil hantaran pemain gantian Montree Promsawat.

Tags / Kata Kunci: Piala Negara-Negara

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan