United Pancing Eric Bailly RM178 Juta

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2016 10:32 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United telah mengemukakan tawaran permulaan mencecah  £30 juta (RM178 juta) untuk mendapat permain tengah Villarreal, Eric Bailly.

Pemain berusia 22 tahun itu telah dipantau rapi pihak Manchester City, Bayern Munich dan Arsenal pada musim lalu, bagaimanapun United telah memulakan langkah awal itu.

Bailly yang terkeluar dari skuad Ivory Coast untuk Piala Negara Afrika dikatakan mempunyai peluang cerah untuk bersama pasukan yang dikendalikan Jose Mourinho itu.

Selain Bailly, pemain Sweden Zlatan Ibrahimovic juga kini semakin hampir untuk menyertai United musim depan.

Bailly menyertai Villarreal pada Januari 2015 dengan angka tawaran £4 juta (RM24 juta).

Kerjayanya di peringkat antarabangsa bermula pada usia 17 tahun apabila ke Sepanyol untuk menyertai kejohanan belia di Burkina Faso, selain penglibatannya menerusi La Liga sebelum menyertai Villarreal.

Tags / Kata Kunci: Eric Bailly , United , Ivory Coast

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan