Euro 2016: Oobi-Ooobi Peramal Jerman

Diterbitkan: Ahad, 5 Jun 2016 9:48 AM

Oobi-Ooobi bakal memulakan tugas ramalan pertama 12 Jun ini.

(Ubah saiz teks)

SELEPAS sotong kurita, kura-kura dan gajah, kini beruang koala yang diberi nama Oobi-Ooobi bakal tersenarai sebagai peramal bagi setiap perlawanan melibatkan Jerman sepanjang Euro 2016, bermula 10 Jun ini.

Tugasan pertamanya dijadualkan pada 12 Jun ini  ketika Jerman bertemu Ukraine.

Bagaimanapun, setakat ini Zoo Leipziq, Jerman itu masih belum menyatakan bagaimana cara koala itu akan melakukan ramalan.

Agensi Berita DAP melaporkan, haiwan itu dipercayai boleh bersikap neutral dan adil kerana Oobi- Ooobi bukan berasal daripada Jerman sebaliknya  Australia.

“Sebagai haiwan daripada Australia, Oobi-Ooobi boleh memberikan pandangan yang neutral terhadap pasukan yang bertanding dalam Euro kali ini dan tidak hanya memihak kepada Jerman,” kata petugas di zoo berkenaan.

Oobi-Ooobi yang tiba April lalu di Leipziq berjaya mencuri hati pengunjung di zoo berkenaan.

Beruang koala dengan telinga bulat dan hidung hitamnya yang besar sering kali dilihat tidur untuk tempoh lama iaitu sehingga 20 jam sehari dan makanan utamanya adalah daun pokok kayu putih atau eucalyptus.

Sebelum ini, seekor sotong kurita diberi nama Paul menjadi terkenal ekoran ramalan yang bernasib baik tepat pada Piala Dunia 2010 lalu.





Tags / Kata Kunci: Euro 2016 , Oobi-Ooobi , Jerman

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan