United Cuba Nasib Pancing Messi

Diterbitkan: Sabtu, 4 Jun 2016 3:52 PM

Lionel Messi.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United sedang mencuba nasib untuk mendapatkan khidmat bintang Barcelona, Lionel Messi dalam usaha memperkuat pasukan itu di Old Trafford pada musim baharu.

Sportsmail mendedahkan United mengemukakan dua tawaran dalam tempoh tiga minggu lalu dalam usaha untuk merealisasikan perpindahan pemain Argentina itu.

Sebarang perpindahan dilihat bertujuan untuk menggembalikan United berentap pada aksi Liga Juara-Juara dibawah kendalian Jose Mourinho bagi musim 2017-2018.

Jumlah perpindahan Messi akan mengatasi rekod perpindahan dunia sebanyak 85.3 juta pound yang ditawarkan Real Madrid terhadap Gareth Bale dari Tottenham Hotspur.

Kontrak semasa Messi di Nou Camp akan berakhir pada 2018.

United secara konsisten memberi tumpuan kepada nama-nama besar di bawah pimpinan Naib Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward.

Red Devils pernah mencuba untuk membawa masuk semula Cristiano Ronaldo malah turut berminat terhadap Bale dan Neymar pada tahun lalu.

Pada Jumaat, sumber yang rapat dengan Messi tidak menolak sebarang perpindahan mungkin berlaku.

Mereka mengakui bahawa Messi sering dikecewakan dan disakiti oleh media di Sepanyol berhubung kes cukainya.

Pemain berusia 28 tahun itu dan bapanya dituduh menggunakan satu rangkaian syarikat palsu di Belize dan Uruguay untuk mengelak daripada membayar sejumlah 4.16 juta euro cukai pendapatan Messi yang diperolehi menerusi penjualan hak imejnya pada 2007-2009.

"Saya tidak tahu apa-apa. Saya hanya bimbang mengenai karier saya," katanya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes penipuan cukai itu.






Tags / Kata Kunci: Manchester United , Lionel Messi , Barcelona

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan