Protes Senyap: Jangan Mengarut - Kim Swee

Diterbitkan: Jumaat, 3 Jun 2016 4:16 PM

Ong Kim Swee.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Desas-desus adanya 'protes senyap' dalam kalangan pemain negara ke atas jurulatih Datuk Ong Kim Swee, membayangi kejayaan Harimau Malaysia menundukkan Timor Leste 3-0 dalam perlawanan play-off kelayakan bola sepak Piala Asia 2019.

Namun ia pantas ditepis ketua pasukan Aidil Zafuan Abdul Razak serta Kim Swee yang masing-masing menganggapnya sebagai mengarut.

Malah pengendali itu berkata persembahan cemerlang skuad negara yang bermain mengikut arahan, jelas membuktikan kesungguhan dan tahap disiplin yang tinggi.

"Saya tidak tahu siapa dan mengapa mereka mengatakan ini (protes senyap). Saya tidak tahu sama ada orang yang menyatakan demikian cuba melakukan sabotaj atau apa sahaja. Ia adalah mengarut.

"Ini bukan isu bagi saya. Saya kenal pasukan saya dengan baik," katanya kepada pemberita selepas perlawanan play-off pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin, di sini Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai adanya laporan yang menyebut pemain negara berkemungkinan mengadakan protes senyap ke atasnya.

Memuji persembahan baik pemainnya pada Khamis, Kim Swee berkata skuad kebangsaan harus diberikan lebih masa memandangkan ini adalah satu pasukan yang baru dibentuk.

Bagi Aidil, pemain akan tetap memberikan komitmen 100 peratus kepada pasukan setiap kali diturunkan tanpa mengira sama ada ketika menyarung jersi kebangsaan mahukan negeri dan kelab.

"Kemenangan ini merupakan permulaan yang baik untuk skuad negara dan bukti kerjasama mereka dalam mengikut arahan jurulatih," kata Aidil sambil menambah kebanyakan strategi taktikal menjadi manakala barisan pertahanan negara cekap membaca pergerakan lawan.

Dua gol skuad negara disumbangkan penyerang Selangor Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-16 dan minit ke-21 manakala gol ketiga dihasilkan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Mohd Amri Yahyah pada minit ke-85.

Malaysia akan bertemu Timor Leste pada aksi timbal balik di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Isnin ini untuk mengesahkan tempat ke saingan peringkat kumpulan Kelayakan Piala Asia 2019 yang bakal bermula 28 Mac 2017. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan