Di Matteo Pengurus Baharu Aston Villa

Diterbitkan: Jumaat, 3 Jun 2016 5:05 PM

Roberto di Matteo.

(Ubah saiz teks)

ASTON Villa melantik Roberto di Matteo sebagai pengurus baharu kelab itu.

Di Matteo yang pernah mengemudi Chelsea memenangi trofi Liga Juara-Juara pada 2012 mengambil alih jawatan Andre Villas-Boas yang dipecat oleh Villa.

Kini beliau menggalas cabaran lebih berat iaitu membantu Villa kembali mempamerkan prestasi terbaik selepas tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris.

Villa akan beraksi pada saingan Liga Kejuaraan pada musim baharu selepas menduduki tangga tercorot Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Beliau menandatangani kontrak selama dua tahun bersama kelab itu yang akan diambil alih alih perniagaan dari China, Tony Jiantong selepas perjanjian pengambilalihan dipersetujui bulan lalu.

"Ia satu penghormatan kepada saya untuk menjadi pengurus kepada sebuah kelab bola sepak yang hebat.

"Saya begitu teruja untuk membantu Aston Villa kembali ke kedudukan yang sebenar," kata Di Matteo.

Tags / Kata Kunci: Roberto di Matteo , Aston Villa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan