Malaysia Naik Satu Anak Tangga Dalam Ranking Fifa Bulan Jun

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2016 11:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan seri tanpa jaringan dengan Myanmar, Sabtu lepas, menyaksikan tiada perubahan ketara pada kedudukan Malaysia dalam ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Khamis.

Skuad Harimau Malaysia hanya naik satu anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-173 pada bulan Jun manakala di peringkat Asia, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee turut naik satu anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-31 dalam kalangan 46 negara.

Di peringkat ASEAN, Thailand menduduki tangga ke-117, Filipina (120), Vietnam (133), Singapura (149) dan Myanmar di tangga ke-161.
Untuk rekod, Malaysia berada pada kedudukan ke-171 dunia pada Januari dan Februari, 166 dunia (Mac) dan 174 pada bulan April dan Mei.

Dalam pada itu, Argentina dan Belgium mengekalkan kedudukan di tangga pertama dan kedua selepas masing-masing mengutip 1,503 mata dan 1,384 mata diikuti Colombia di tempat ketigab dengan 1,328 mata.

Ranking FIFA itu melibatkan 209 negara.

Tags / Kata Kunci: Harimau Malaysia , Fifa

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan