Malaysia Benam Timor Leste 3-0

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2016 11:50 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Malaysia meraih bekalan selesa menjelang aksi timbal balik apabila menewaskan Timor Leste 3-0 pada perlawanan play-off pertama kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini malam Khamis.

Kemenangan itu adalah yang pertama bagi skuad Harimau Malaysia tahun ini selepas mencatat dua keputusan seri berdepan Macau dan Myanmar dalam aksi persahabatan, masing-masing pada Mac dan Mei lepas.

Pada aksi malam ini, pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu ternyata menguasai permainan sebaik perlawanan bermula.

Skuad Harimau Malaysia memperoleh gol pertama menerusi penyerang Selangor, Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-16, yang bijak menyempurnakan hantaran  Muhammad Fazly Mazlan.

Lima minit kemudian, Ahmad Hazwan sekali lagi menjadi 'duri dalam daging' kepada pasukan Timor Leste apabila menjaringkan gol kedua Malaysia selepas menerima lorongan daripada Mohd Azrif Nasrulhaq.

Biarpun ketinggalan, pasukan pelawat yang rata-rata terdiri daripada pemain muda tidak berputus asa dan cuba membolosi gawang skuad negara.

Bagaimanapun, kekentalan benteng pertahanan pasukan tuan rumah berjaya mengekang asakan skuad kendalian Fabio Maciel itu untuk kedudukan 2-0 berpihak kepada skuad Harimau Malaysia pada separuh masa pertama.

Pasukan pelawat hampir membolosi gawang Malaysia pada minit ke-64, namun sepakan percuma pemain pertahanan Diogo Santos Rangel berjaya diselamatkan  penjaga gol Malaysia, Mohd Izham Tarmizi.

Pemain berpengalaman, Mohd Amri Yahyah yang baru seminit dimasukkan menggantikan Brendan Gan, tidak menunggu lama untuk mencatat nama sebagai penjaring apabila menyumbat masuk gol ketiga Malaysia pada minit ke-85 selepas menerima hantaran Ahmad Hazwan.

Malaysia akan bertemu Timor Leste pada aksi timbal balik di stadium yang sama Isnin depan, untuk mengesahkan tempat ke pusingan kelayakan peringkat kumpulan Piala Asia 2019.

Tags / Kata Kunci: Harimau Malaysia , Piala Asia 2016

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan