Kelantan Singkir Dua Pemain Import

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2016 12:13 PM

Dramane Traore (tengah) digugurkan daripada skuad Kelantan.

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Dua pemain import Kelantan, Dramane Traore dan Jonatan Lucca disingkirkan daripada skuad negeri itu dan tempat mereka akan digantikan semasa pintu perpindahan pemain dibuka bulan ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata kedua-dua pemain itu diketepikan selepas persembahan mereka setakat ini gagal memuaskan hati pengurusan pasukan.

Annuar berkata beliau telah berbincang dengan ketua jurulatih, Velizar Emilov Popov berhubung pertukaran pemain import bagi memperkuatkan pasukan bagi menghadapi baki saingan Liga Super dan kempen Piala Malaysia.

"KAFA memberi peluang kepadanya untuk sekurang-kurangnya menggantikan Traore dan Lucca.

"Beliau (Popov) juga mengemukakan cadangan membawa masuk pemain pelapis dari skuad Piala Presiden ke pasukan senior dan menukar jentera serangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Semarak Jalinan Rakyat Parlimen Ketereh di sini, Rabu.

Annuar berkata KAFA akan membantu dua pemain import terbabit untuk dipinjamkan kepada pasukan lain yang berminat mendapatkan khidmat mereka.

Beliau berkata selain dua pemain import tersebut, kedudukan pertahanan import mereka iaitu Jonathan McKain yang cedera di lutut, juga akan disahkan selepas mendapat laporan penuh perubatannya.

"Kami menunggu laporan penuh laporan pembedahan McKain bagi mengetahui tempoh masa beliau perlu berehat dan sekiranya ia memerlukan masa yang lama sehingga boleh menjejaskan persiapan pasukan, kami akan berunding dengannya untuk menggantikan tempat beliau dengan pemain lain," katanya.

Sementara itu, Annuar berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat bagi menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain dan jurulatih.

"Tidak ramai orang memahami secara dekat masalah tersebut, seolah-olah apabila KAFA dihukum dapat menyelesaikan masalah itu.

"Saya fikir tidak elok secara terus menerus kami bercakap melalui media, pertemuaan dengan FAM untuk menjelaskan masalah itu dan setelah itu, apa juga keputusan FAM kita terima sahaja," katanya.

Tags / Kata Kunci: Kelantan , TRW

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan