Gundogan Pemain Pertama Dibawa Ke Man City Selepas Diambil Alih Guardiola

Diterbitkan: Khamis, 2 Jun 2016 10:14 PM

Ilkay Gundogan

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER City telah memuktamadkan perjanjian bernilai £21 juta untuk mendapatkan pemain tengah Borussia Dortmund, Ilkay Gundogan untuk kontrak selama empat tahun.


Gundogan, pemain Jerman berdarah Turki, menjadi pemain pertama yang dibawa masuk ke Manchester City selepas kelab itu diambil alih Pep Guardiola musim ini.

Pemain tengah berusia 25 tahun ini meninggalkan Dortmund selepas membuat 157 penampilan untuk bekas kelabnya itu.

"Saya gembira kerana dapat menyertai Manchester City. Apabila mendapat tahu tentang tawaran City, hati saya terus memutuskan untuk datang ke sini dan semuanya telah berjalan dengan pantas.

"Saya menghargai masa-masa saya bersama Borussia Dortmund dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kelab dan penyokong saya dalam tempoh lima tahun yang sangat  menggembirakan saya.

"Mereka memberikan saya platform untuk bermain dan saya telah menjadi pemain yang lebih baik kerana kepercayaan, kesabaran dan keyakinan yang ditunjukkan mereka kepada saya.

"Sekarang saya mempunyai cabaran baru iaitu untuk mencapai sesuatu yang hebat dengan City. Peluang untuk bekerja dengan jurulatih seperti Pep Guardiola adalah sesuatu yang saya tertunggu-tunggu dan saya berbesar hati menjadi pemain pertama yang menandatangani perjanjian untuk kelab ini pada musim panas.

"Saya boleh menjanjikan kepada peminat City  bahawa saya akan memberikan segala-galanya untuk membantu kelab memenangi kejuaraan di England dan Liga Juara-Juara. Ini adalah masa yang menarik.

"Tahun-tahun saya yang akan datang adalah baik dan saya fikir kami boleh mencapai sesuatu yang hebat bersama-sama. Saya tidak sabar untuk memulakan lembaran baru ini dalam kerjaya saya."

Tags / Kata Kunci: Ilkay Gundogan , Pep Guardiola

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 3:00 PM

Zahid Terpaksa Kerja Keras!

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Kolumnis

iklan

Iklan