Perancis, England Umum Skuad Euro 2016

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 8:00 AM

Anthony Martial tiba di pusat latihan pasukan kebangsaan di Clairefontaine, Perancis pada 24 Mei lalu untuk membuat persediaan menjelang Euro 2016. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

PERANCIS mengumumkan skuad mereka untuk bermain di Euro 2016. Hampir separuh daripada pasukan tuan rumah merupakan pemain di Liga Perdana Inggeris.

Raphael Varane dan Jeremy Mathieu yang cedera digantikan dengan Samuel Umtiti dan Adil Rami. Mereka akan bersaing dengan dua pemain tengah lain iaitu Laurent Koscielny dan Eliaquim Mangala.

Di bahagian depan, Deschamps membawa dua pemain muda berpotensi iaitu Anthony Martial dan Kingsley Coman. Dua bakat ini bergabung dengan nama-nama lain seperti Antoine Griezmann, Olivier Giroud, dan Andre-Pierre Gignac.

Senarai penuh skuad Perancis:

Penjaga Gol: Hugo Lloris (Tottenham Hotspur), Steve Mandanda (Olympique de Marseille), Benoit Costil (Stade Rennais)

Penyerang: Antoine Griezmann (Atletico Madrid), Dimitri Payet (West Ham United), Anthony Martial (Manchester United), Kingsley Coman (Bayern Munich), Olivier Giroud (Arsenal), Andre-Pierre Gignac (UANL Tigres)

Samuel Umtiti (Olympique Lyonnais), Laurent Koscielny (Arsenal), Eliaquim Mangala (Manchester City), Adil Rami (Sevilla), Patrice Evra (Juventus), Bacary Sagna (Manchester City), Lucas Digne (AS Roma), Christophe Jallet (Olympique Lyonnais)

Paul Pogba (Juventus), Blaise Matuidi (Paris St Germain), Lassana Diarra (Olympique de Marseille), N'Golo Kante (Leicester City), Yohan Cabaye (Crystal Palace), Moussa Sissoko (Newcastle United)


Sementara itu England turut mengumumkan skuad kebangsaannya dengan senarai pemain yang agak mengejutkan.

Andros Townsend (Newcastle United) dan Danny Drinkwater tidak akan diturunkan. Drinkwater telah membantu Leicester City menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini.

Sebelum ini, The Independent melaporkan bahawa pengurus pasukan, Roy Hodgson telah memberitahu Townsend dan Drinkwater bahawa mereka tidak akan dibawa ke Perancis.

Senarai Penuh Skuad England

Penjaga Gol: Joe Hart, Fraser Forster, Tom Heaton

Pemain:

Kyle Walker, Danny Rose, Gary Cahill, Chris Smalling, Nathaniel Clyne, John Stones, Ryan Bertrand.

Eric Dier, James Milner, Raheem Sterling, Adam Lallana, Jordan Henderson, Jack Wilshere, Ross Barkley, Dele Alli.

Wayne Rooney, Harry Kane, Jamie Vardy, Daniel Sturridge, Marcus Rashford.
Tags / Kata Kunci: Euro 2016 , skuad England , skuad Perancis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan