Cedera Kaki, Dani Carvajal Tidak Beraksi Di Euro 2016

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 7:19 AM

Dani Carvajal yang cedera di kaki terpaksa keluar padang pada babak kedua final Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Real Madrid, Dani Carvajal, disahkan tidak akan bermain untuk Euro 2016 setelah kaki kanannya cedera ketika bermain di final Liga Juara-Juara.

Carvajal berkata dia sangat kecewa dengan nasib malangnya itu yang membuatkan dia gagal membantu pasukan kebangsaannya, Sepanyol di Euro 2016.

"Dua minggu terakhir saya memang dapat merasakannya ketika membuat persediaan untuk babak final (Liga Juara-Juara menenatang Atletico Madrid). Sakit ini masih saya rasakan hingga babak pertama berakhir," kata Carvajal dalam satu wawancara bersama radio Cadena Cope.

"Di babak kedua, saya tak mampu lagi menahan rasa sakit," tambahnya.

"Saya harus meninggalkan padang dan ketika itu saya sedar bahawa saya mungkin tidak boleh turun bermain di Piala Eropah," katanya.

Carvajal pertama kali membantu Sepanyol pada Ogos 2014 dan sudah lima kali diturunkan oleh jurulatih pasukan kebangsaan.

Empat tahun lalu Sepanyol menjuarai saingan antara negara-negara Eropah ini dan pada kejohanan tahun ini Sepanyol berada di Kumpulan D, bersama Republik Ceko, Turki, dan Croatia.
Tags / Kata Kunci: Euro 2016 , Dani Carvajal

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan