Amirulhadi, Brendan 'Penggerak' Jentera Tengah Harimau Malaysia Esok

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 3:28 PM

Datuk Ong Kim Swee

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Kekosongan posisi tengah yang ditinggalkan Safiq Rahim, membuka ruang buat Mohd Amirulhadi Zainal dan Brendan Gan menjadi 'jeneral' baharu jentera utama skuad negara yang akan menentang Timor-Leste, malam Khamis.

Mohd Amirulhadi, 30, dan Brendan, 27, adalah antara pemain yang disebut-sebut mengisi tempat Safiq yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan, untuk perlawanan play-off pertama kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, di sini esok.

Bagi Amirulhadi, ia juga peluang terbaiknya untuk membuktikan kemampuannya selepas dipanggil semula dalam skuad kebangsaan sejak 2011.

Namun ketua jurulatih negara Datuk Ong Kim Swee masih enggan menamakan pemain pilihannya untuk mengisi tempat ketua pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu, sebaliknya berkata ada beberapa pemain tengah lain yang boleh dijadikan sandaran Harimau Malaysia untuk perlawanan yang cukup penting esok.

"Saya akui Timor-Leste merupakan satu pasukan yang kuat, tidak seperti 10 tahun yang lepas.

"Bagaimanapun, asalkan kita tidak cepat mengaku kalah, kita boleh menyaingi mereka," kata beliau pada sidang media menjelang perlawanan malam esok.

Bila ditanya sama ada jaringan awal akan menjadi penentu rentak skuad kebangsaan esok, Kim Swee berkata apa yang lebih penting adalah pemain bermain dengan konsisten dan mengikut arahan agar segala strategi dapat digunakan.

Bagi Aidil Zafuan Abdul Razak yang mengambil alih tugas ketua pasukan, tuah rekod tanpa kalah JDT di Larkin, diharap dapat membantu skuad kebangsaan selain keserasian sesama anggota pasukan juga penting.

Sementara itu, skuad Timor-Leste yang rata-rata menurunkan pemain muda, tidak memandang mudah keupayaan skuad Harimau Malaysia.

Walaupun Malaysia turun tanpa penggerak utama Safiq, jurulatih Timor-Leste Fabio Maciel mengakui tuan rumah masih sebuah pasukan yang kuat.

"Kami akan bermain sebaik mungkin dan mengharapkan satu perlawanan yang hebat esok," katanya.

Menurutnya, hampir kesemua pemain skuadnya merupakan barisan yang menyertai saingan Sukan Sea tahun lepas.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan