Michael Carrick Sedia Lanjut Kontrak Setahun Di Old Trafford

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 7:17 AM

Michael Carrick

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho bersedia memberikan Michael Carrick kontrak selama setahun di Manchester United minggu ini, selepas mengesahkan Marcus Rashford akan menandatangani kontrak baharu selama empat tahun di Old Trafford.

Carrick, yang akan memasuki usia 35 tahun pada permulaan musim 2016-17 Ogos ini telah bersedia untuk meninggalkan kelab pada musim panas apabila pengurus sebelum ini, Louis van Gaal gagal mengesahkan lanjutan kontrak untuk pemain tengah itu, yang perjanjian semasanya akan tamat pada 30 Jun.

Tetapi apabila Mourinho menggantikan Van Gaal yang dipecat minggu lepas, pengurus dari Portugal itu difahamkan berminat untuk mengekalkan Carrick, pemain berpengalaman dan serba boleh yang membuat 42 penampilan bersama United dalam musim yang baru berakhir.

Bekas pemain antarabangsa England itu telah menerima tawaran dari Amerika Syarikat dan China, dengan kelab-kelab Liga Perdana Inggeris juga berminat dengan pemain ini yang tiba di Old Trafford dari Tottenham pada Julai 2006 dengan nilai pemindahan £18.6 juta.

Tetapi Carrick mahu terus bersama United, dengan melihat prospek kontrak selama 12 bulan lanjutan itu turut menawarkan potensi kelab itu pada 2017, dan dia dijangka akan mengadakan perbincangan dengan kelab minggu ini.

"Saya berharap (kekal)," kata Carrick.

"Tidak ada berita lagi, tetapi kita perlu tunggu dan lihat apa yang berlaku minggu depan."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan