Jose Mourinho Pertama Kali Tiba Di Carrington

Diterbitkan: Selasa, 31 Mei 2016 8:21 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS baharu Manchester United, Jose Mourinho, buat pertama kalinya tiba di Carrington, yang merupakan tempat latihan Wayne Rooney dan rakan-rakannya.

Isterinya, Matilde, menyiarkan foto suaminya, yang sedang berdiri di luar Aon Training Complex, di akaun Twitter pada Isnin.

Skuad United yang baharu akan kembali menjalani latihan pra-musim pada 4 Julai ini. Namun, dalam wawancara bersama MUTV,  Jumaat lalu, Mourinho memberi gambaran bahawa latihan akan bermula pada 7 Julai.

"Saya suka berkerja dan saya tidak sabar menanti 7 Julai ini untuk turun ke padang," kata lelaki dengan gelaran The Special One itu.

Melalui akaun Instagram peribadinya, pengurus berusia 53 tahun ini juga menunjukkan kesediaannya untuk membimbing United dengan memuat naik gambar fail United dengan keterangan, 'kembali bekerja'.

Mourinho belum sempat menghabiskan banyak waktu dengan para pemain United kerana ramai di antara mereka perlu bermain untuk pasukan kebangsaan.


Chris Smalling, Wayne Rooney, dan Marcus Rashford akan terbang ke Perancis untuk Euro 2016.

Begitu juga David de Gea (Sepanyol), Matteo Darmian (Itali), Marouane Fellaini (Belgium), Bastian Schweinsteiger (Jerman), Paddy McNair (Ireland Utara) dan Anthony Martial (Perancis).

Di Amerika Selatan, Marcos Rojo dan Sergio Romero akan beraksi bersama Argentina di Copa America 2016. 

Euro 2016 akan berakhir pada 10 Julai dan Copa America pada 26 Jun.
Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Carrington

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan