PAFA Intai Kembali Khidmat Weigang

Diterbitkan: Isnin, 30 Mei 2016 6:08 PM

Shahrul Zaman Yahya.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) semakin pasti mendapatkan khidmat jurulatih berpengalaman dari Jerman, Karl Heinz Weigang bagi membantu memantapkan pasukan Liga Super negeri itu.

Timbalan Presiden PAFA, Datuk Shahrul Zaman Yahya mengakui kedua-dua pihak masih dalam peringkat perbincangan dan sedang cuba memuktamadkannya.

Shahrul Zaman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri berkata sebarang keputusan yang akan dibuat adalah bertujuan memperbaiki prestasi skuad 'The Bos Gaurus'.

"Kita cuba memperbaiki pasukan Liga Super kita yang pada ketika ini prestasinya kurang baik, untuk menghadapi baki saingan liga serta kempen Piala Malaysia.

"Pengurusan pasukan merasakan kita perlu melihat tokoh lain seperti Weigang untuk membantu Perak. Lagipun beliau sudah berada di sini sejak minggu lepas," katanya kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Antarabangsa Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia (MELTA) di sini Isnin.

Shahrul Zaman berkata Weigang merupakan seorang jurulatih yang berpengalaman luas serta pernah melatih skuad kebangsaan.

"Sudah tentu pengalaman beliau tiada tolok bandingnya dan beliau juga merupakan seorang yang dihormati di peringkat antarabangsa...pengalaman ini boleh bantu pasukan Liga Super Perak," katanya.

Sebagai rekod, Weigang pernah mengendalikan Perak pada musim 1997 hingga 2000.

Mengenai nasib jurulatih skuad Perak ketika ini, Syamsul Saad, Shahrul Zaman berkata perkara itu juga belum dimuktamadkan.

Ketika ditanya desas desus mengatakan bekas pemain Perak, Razali Umar Kandasamy akan kembali bersama skuad negeri, Shahrul Zaman berkata :"Beliau adalah antara calon untuk kita daftarkan semasa jendela perpindahan pemain Jun ini." - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Karl Heinz Weigang , PAFA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan