"Gol Kemenangan Itu Sudah Dijangka" - Ronaldo

Diterbitkan: Ahad, 29 Mei 2016 7:49 AM

Pengurus Real, Zinedine Zidane memeluk Ronaldo sejurus selepas pemain sayap itu menjaringkan gol penalti kemenangan Los Balancos.

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo berkata beliau tahu akan menjaringkan gol penting kemenangan Real Madrid ketika menewaskan Atletico Madrid pada aksi final Liga Juara-Juara, awal pagi Ahad.

Ia merupakan trofi ke-11 Real pada kejohanan berprestij dunia itu.

Ronaldo menjaringkan gol penting penalti penentuan pasukan Real yang berakhir dengan keputusan 5-3, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh masa sebenar dan tambahan.

Malah beliau sudah menjangkakan gol kemenangan itu selepas Juanfran terlepas penalti untuk Atletico.

"Saya ada visi. Saya tahu saya akan menjaringkan gol kemenangan... saya beritahu (Zinedine Zidane) mengenainya dan membiarkan saya mengambil sepakan penalti kelima dan itu bagaimana saya merealisasikannya.

"Sepakan penalti ibarat loteri. Anda tidak tahu apa yang akan berlaku. Kami menunjukkan pasukan kami lebih berpengalaman dan kami buktikan dengan menjaringkan kesemua sepakan penalti.

"Ia amat luar biasa. Malam yang penuh menakjubkan," kata Ronaldo.

Sementara itu, pemain sayap dari Wales, Gareth Bale mampu mengatasi masalah kekejangan kaki dengan meledak jaringan penentuan penalti buat Real.

"Jujurnya, saya tidak merasakannya, saya kejang. Perasaan yang menarik.

"Sukar, pada masa tambahan, kebanyakan pemain berdepan masalah kekejangan. Kami berjaya membuktikan kekuatan daya tahan yang ada dalam pasukan.

"Saya kejang selepas itu, syukur ia tidak terjadi sebelum itu. Ia satu perasaan yang menakjubkan," kata Bale.




iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan