Aksi Persahabatan Dengan Myanmar Peluang Kim Swee Cari Kombinasi Terbaik

Diterbitkan: Sabtu, 28 Mei 2016 7:42 AM

Ong Kim Swee.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Ong Kim Swee akan menggunakan perlawanan persahabatan dengan Myanmar pada Sabtu sebagai medan untuk mencari kombinasi terbaik skuad negara dalam menghadapi Timor Leste pada aksi 'playoff' ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2019, awal bulan depan.

Malaysia akan menentang Timor Leste pada aksi playoff berkenaan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 2 dan 6 Jun ini.

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaysia itu menegaskan walaupun kombinasi baharu di setiap posisi menjadi keutamaannya, beliau tetap mengharapkan skuad kebangsaan dapat meraih keputusan positif menentang Myanmar di Stadium Pusat Latihan Belia, Yangon.

"(Sepuluh) pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) baru melaporkan diri semalam manakala selebihnya sudah berada dalam latihan pusat sejak lima hari lepas. 

"Jadi, menerusi perlawanan esok ia memberi peluang kepada saya menilai apa yang kita lakukan dalam latihan (mampu diterjemahkan pada perlawanan esok) selain memilih kesebelasan terbaik apabila berdepan dengan Timor Leste nanti," kata Kim Swee pada sidang media praperlawanan, Jumaat.

Audio praperlawanan berkenaan diperolehi Bernama daripada pegawai media Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Kim Swee berkata, beliau harus mencuba kombinasi baharu memandangkan sebahagian besar pemain yang dipanggil untuk aksi persahabatan Kelas A itu merupakan muka-muka baharu namun pada masa yang sama mengingatkan pemain untuk tidak mengambil mudah perlawanan berkenaan.

"Myanmar sudah bertambah baik dengan mempamerkan aksi mantap ketika berdepan Lubnan di tempat lawan (pada pusingan kedua kelayakan Piala Asia 2019), sebelum ini dan saya melihat mereka semakin berani menampilkan banyak pemain muda yang dahagakan kemenangan," katanya.

Dalam pada itu, pemain pertahanan JDT, Aidil Zafuan Abdul Razak yang bakal menggalas tugas selaku kapten pasukan susulan kecederaan dialami Safiq Rahim, bertekad memberikan persembahan terbaik.

"Bagi pemain, kita akan melakukan sesuatu untuk jurulatih kerana beliau akan membuat penilaian terhadap setiap pemain bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama apabila kita menentang Timor Leste nanti.

"Saya sendiri mengharapkan aksi terbaik dan kita tidak akan pandang mudah perlawanan esok walaupun kami (pemain JDT) baru melaporkan diri ke latihan skuad kebangsaan semalam," katanya.

Aidil Zafuan menjelaskan kehadiran semula adiknya, Zaquan Adha Abdul Radzak  dalam skuad kebangsaan setelah kali terakhir pada 2012 di bawah Datuk K. Rajagobal, diharap dapat menyuntik semangat untuk rakan sepasukan lain mempamerkan aksi mantap.

Dalam pada itu, ketua jurulatih Myanmar, Gerd Zeise, berkata perlawanan itu akan menjadi ujian getir tetapi berharap anak didiknya akan menampilkan persembahan baik di hadapan penonton sendiri.

"Kebimbangan utama adalah penyudahan barisan serangan tetapi berharap latihan pusat selama seminggu ini mampu mengatasi kelemahan ini," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Ong Kim Swee

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan