Jose Mourinho Sah Pengurus Baharu Manchester United

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mei 2016 5:23 PM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United secara rasminya mengumumkan Jose Mourinho sebagai pengurus baharu kelab mereka pada Jumaat.

Pengurus berusia 53 tahun itu mengikat kontrak selama tiga tahun di Old Trafford bagi menggantikan Louis van Gaal yang dipecat Isnin lalu.

Kenyataan rasmi mengenai pelantikan ini didedahkan di laman web mereka.

"Jose Mourinho akan mengambil alih tugas pengurus Manchester United bermula musim 2016 -17, menandatangani kontrak selama tiga tahun serta diberi pilihan untuk kekal sekurang-kurang sehingga tahun 2020.




"Jose,53, telah menguruskan kelab-kelab terbaik Eropah lebih sedekad dan dalam masa sama turut menjuarai gelaran liga dan beberapa piala untuk negara (Portugal, England, Itali dan Sepanyol), juga menjuarai saingan Liga Juara-Juara sebanyak dua kali - 2004 bersama FC Porto dan 2010 dengan Inter Milan".

Berikutan pengumuman pelantikan itu, Naib Pengerusi Eksekutif kelab, Ed Woodward berkata: "Jose seorang yang 'simple' dan pengurus terbaik setakat ini. Dia telah memenangi banyak trofi dan menjadi inspirasi kepada pemain-pemain di negara Eropah dan sudah tentu dia sangat memahami Liga Perdana, kerana telah merekodkan tiga gelaran di sini.

"Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat datang ke Manchester United. Dengan rekod kejayaannya, ia dianggap sempurna untuk membawa kelab  ini ke hadapan."



Sebelum pelantikan ini, Woodward telah berbincang dengan ejen pengurus itu, Jorge Mendes sejak Selasa lalu dalam masa yang singkat persetujuan dicapai.

"Menjadi pengurus di Manchester United merupakan satu pernghormatan. Sebuah kelab yang terkenal dan dikagumi di seluruh dunia. 

"Saya sentiasa tertarik dengan Old Trafford; terdapat beberapa memori penting di sini dan saya juga gembira hubungan baik dengan penyokong.

"Saya bersedia untuk menjadi pengurus mereka dan berharap dengan sokongan-sokongan seterusnya."

Ini merupakan tugas ketiga Mourinho di England selepas menguruskan Chelsea pada tahun 2004 dan 2013 dan kedua-duanya berakhir dengan pemecatan.

Sementara itu, tugas pertama Mourinho bersama United adalah aksi pra musim bertemu Borussia Dortmund di China pada 22 Julai ini.

Selepas itu dia dijangka akan membuat pembelian pertama,  dengan mendapatkan Zlatan Ibrahimovic dan John Stone seperti mana yang digembar-gemburkan sebelum ini.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan