Piala FA Inggeris Guna Format Kalah Mati Aksi Suku Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 27 Mei 2016 3:48 PM

(Ubah saiz teks)

PERSATUAN  Bola Sepak Inggeris (FA) mengumumkan perlawanan ulangan dalam aksi suku akhir Piala FA akan dimansuh bermula musim depan.

Ahli jawatankuasa FA meluluskan format 'kalah mati'  bagi lapan pasukan terbaik dan perlawanan akan berlangsung pada hujung minggu.

"Perubahan tersebut bakal menjadikan saingan lebih menarik dan turut memberi kelebihan terhadap permainan khususnya," jelas Ketua Eksekutif, Martin Glenn di laman web rasmi www.thefa.com.

"Dengan kalendar yang padat dan tekanan daripada penyokong-penyokong yang semakin meningkat, perubahan ini amat penting terutamanya dari segi masa malah ia dianggap sebagai pembaharuan.

"Pun begitu, kami tetap menghormati sejarah dan tradisi kejohanan, dan perubahan ini akan membantu mengekalkan status Piala".

Sebelum ini pengurus-pengurus Liga Perdana Inggeris kecewa terhadap masa ulangan Piala FA, yang sentiasa bertindih dengan jadual perlawanan Liga Juara-Juara.

Ia menyebabkan jadual perlawanan Piala FA terpaksa ditangguhkan sehingga melepasi tempoh akhir musim.

Pengurus England, Roy Hodgson berkata, perubahan ini akan menghampiri waktu rehat aksi Liga Perdana Inggeris pada musim sejuk dan ia berlaku di liga-liga utama lain seperti Perancis, Itali, Sepanyol dan Jerman.

"Saya yakin ia juga dibuat mungkin untuk mengelak daripada musim sejuk," jelas Hodgson.


Tags / Kata Kunci: Piala FA Inggeris , kalah mati , ulangan

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan