Mourinho Masih 'Milik' Chelsea, Pelantikan Tertangguh

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2016 12:24 AM

(Ubah saiz teks)

PELANTIKAN Jose Mourinho sebagai pengurus baharu Manchester United terpaksa ditangguhkan disebabkan konflik kepentingan melibatkan beberapa perjanjian penajaan peribadi bekas pengurus Chelsea itu dengan rakan kongsi komersial Red Devils.

Peguam kedua-dua pihak menemui jalan buntu dalam rundingan mengenai beberapa isu hak iklan terutamanya perjanjian Mourinho dengan pengeluar kereta Jaguar, penaja jam tangan dan juga pusat peranginan kasino.

United mempunyai perjanjian penajaan jersi dengan Chevrolet selama tujuh tahun bernilai 357 juta pound dan berminat menyelesaikan sebarang konflik kepentingan pengurusan kewangan Mourinho dengan Jaguar.

Mourinho juga mempunyai perjanjian penajaan dengan Hublot, pembuat jam tangan Switzerland yang pernah menjadi penaja United.

Namun United masih mempunyai perjanjian dengan Bulova, sebuah syarikat pengeluar jam tangan dari Amerika.

United juga mempunyai kontrak penajaan dengan Donaco International, sebuah pengendali pusat peranginan kasino dan percutian di Korea Selatan serta beberapa negara lain seperti Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos dan Myanmar.

Mourinho pula masih mempunyai perjanjian dengan Paradise Co, sebuah pengendali kasino dari Korea Selatan.

Nama Mourinho masih lagi merupakan 'tanda dagangan' Chelsea menurut Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah.

Meskipun isu ini timbul, usaha sedang dilakukan kedua-dua pihak untuk menyelesaikan pertikaian tersebut bagi membolehkan Mourinho memulakan tugasnya di Old Trafford.

Masih ada keyakinan di kalangan pihak pengurusan United untuk memastikan Mourinho dilantik sebagai pengendali pasukan itu dalam masa terdekat.

Malah, pengurusan kanan Red Devils yang pada awalnya berhasrat untuk mengeluarkan kenyataan pada Rabu bagaimanapun percaya pengumuman berhubung perkara itu dapat dilakukan dalam minggu ini.



Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Manchester United , Chelsea

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan