United Dijangka Umum Pengurus Baharu Pada Khamis

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2016 1:53 PM

Louis van Gaal.

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho dijangka akan diumumkan sebagai pengurus baharu Manchester United pada Khamis.

Bekas pengendali Chelsea, Porto, Real Madrid dan Inter Milan itu dijangka akan menandatangani kontrak tiga tahun bernilai £45 juta (RM279 juta).

Menurut laporan Sportsmail, persetujuan Mourinho dan United dicapai selepas isu hak penajaan peribadi bersama Chelsea diselesaikan.

Pelantikan Mourinho,53, sebagai pengurus baharu di Old Trafford menjadi perhatian selepas Louis van Gaal dipecat, dua hari selepas menjulang Piala FA.

Pada Isnin, stesen radio di kelab itu sepi sehingga pukul 8.31 malam setelah kelab mengesahkan pengurus dari Belanda berusia 64 itu dipecat.

Difahamkan juga, Van Gaal telah meminta pengurusan United untuk membuat pengumuman mengenai jurulatih baharu sebaik sahaja dia meninggalkan negara itu.

Permintaan Van Gaal itu diterima kelab, malah sebagai penghormatan, United turut menguruskan jet peribadi untuk pulang dan dan bercuti di Algarve bersama isterinya, Truus.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan