Skuad Kuala Lumpur Bebas Bookie Musim Ini - KLFA

Diterbitkan: Khamis, 26 Mei 2016 6:13 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Semangat inginkan kemenangan dalam kalangan pemainnya meyakinkan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) yang pasukan itu bersih daripada kegiatan rasuah dan mengatur perlawanan dalam Liga Malaysia musim ini.

Presidennya, Datuk Seri Adnan Md Ikshan berkata kesungguhan yang dipamer menunjukkan pemain gembira dengan KLFA yang membayar gaji tepat pada masanya, biarpun ia tidak lumayan berbanding pasukan lain.

"Awal-awal lagi kami dah beritahu pemain bahawa Kuala Lumpur bukan pasukan yang boleh membayar gaji yang lumayan, tetapi kami tidak mempunyai masalah dalam pembayaran gaji. 

"Jika ada pendapatan lebih, pemain akan menerima bonus," katanya pada satu temu bual bersama media, di Menara Seri Wilayah, di sini, Khamis.

Adnan yang juga merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, berkata beliau bersama jurulatih Ismail Zakaria telah mengadakan temu duga untuk pemain sebelum mengambil pemain untuk pasukan itu.

"Mengatur perlawanan ini merupakan satu perkara yang tidak bermaruah dan tidak bertanggungjawab. Saya ingatkan pemain supaya tidak terlibat dan mereka tahu hukuman berat menanti mereka.

"Pemain perlu fikir mengenai kebaikan jangka masa panjang dan masa depan mereka untuk berjaya dalam bola sepak. Kami tidak akan bertolak ansur sekiranya pemain sanggup mengorbankan pasukan," katanya yang memimpin KLFA buat musim kedua. 

Pada masa sama, Adnan mengakui pasukan itu dilanda masalah 'bookie' pada musim lalu sehingga menjejaskan prestasi pasukan, sesuatu yang mahu dielakkan KLFA kali ini.

Kuala Lumpur kini menduduki tangga keempat Liga Perdana selepas mengumpul 25 mata daripada 12 perlawanan, terikat dengan Negeri Sembilan dan Johor Darul Ta'zim (JDT) II tetapi dipisahkan dengan perbezaan gol.

Melaka United dengan 27mata menerajui carta itu. Skuad 'The City Boys' juga layak ke saingan Piala Malaysia dan diundi dalam Kumpulan B bersama tiga pasukan Liga Super iaitu juara bertahan, Selangor,Kelantan dan Pahang.

Isu mengatur perlawanan bukan baharu bagi KLFA, apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pernah mendenda 17 pemain Kuala Lumpur sebanyak RM5,000 setiap seorang selain diberi amaran keras kerana terbabit dengan skandal rasuah dan mengatur perlawanan pada 2012.

Sementara itu, Adnan turut meminta penyokong pasukan itu terus memberi semangat dan sokongan kepada pemain untuk mencipta kejayaan. -Bernama

Tags / Kata Kunci: KLFA , Datuk Seri Adnan Md Ikshan

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan