Cedera Ketika Berlatih, Ronaldo Yakin Dapat Beraksi Di Final Liga Juara-Juara

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2016 7:20 AM

Ronaldo cedera ketika sesi latihan menjelang final Liga Juara-Juara, Selasa.

(Ubah saiz teks)

CRISTIANO Ronaldo telah menolak kebimbangan mengenai tahap kecergasannya menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara antara Real Madrid dan Atletico Madrid Sabtu ini.

Pemenang Ballon d'Or sebanyak tiga kali ini terpaksa meninggalkan sesi latihan Real pada Selasa, yang merupakan sebahagian daripada hari terbuka media, selepas berebut bola dengan  penjaga gol simpanan Kiko Casilla dan akhirnya terjatuh.

Beberapa kakitangan perubatan Real Madrid telah membantunya dan pemain kebangsaan Portugal masih mampu berjalan keluar ke padang tanpa bantuan walaupun terhencot-hencot.


Ronaldo meninggalkan sesi dengan latihan masih berjalan dan dilihat mencampakkan botol air dengan marah sambil menuju ke bilik persalinan.

Tetapi selepas sesi latihan, Ronaldo menegaskan bahawa kakinya hanya mengalami kecederaan 'dead leg' (otot dan tulang mengalami tekanan menyebabkan kesukaran untuk berjalan).

"Saya dalam keadaan baik. Saya mempunyai sedikit masalah dalam latihan, 'dead leg' sebagaimana yang mereka katakan di sini, tetapi esok atau lusa keadaan saya akan baik. Ia adalah kebimbangan kecil," katanya.

Ronaldo sedang menjalani latihan bermula hari Sabtu menjelang perlawanan hujung minggu ini dengan pesaing bandar mereka, Atletico di San Siro di Milan.

Jurulatih Zinedine Zidane sebelum ini berkata Ronaldo cergas untuk perlawanan akhir Liga Juara-Juara, walaupun mengalami masalah paha.

Begitu juga Ronaldo yang menganggap dirinya lebih baik berbanding sebelum perlawanan final dua tahun lalu di mana Real menewaskan Atletico 4-1 di Lisbon.

"Saya percaya keadaan saya kini lebih baik," katanya.

"Saya mempunyai sedikit masalah tetapi ia adalah normal kerana saya telah menjadi pemain yang paling banyak diturunkan dalam pasukan.

"Saya rasa ini adalah musim di mana saya telah bermain hampir setiap minit. Selain masalah sesi latihan hari ini, saya percaya saya pada tahap terbaik."

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan