Hodak, Bacina Pikul Tugas Berat

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2016 8:49 PM

Hodak (kanan) dan Bacina (kiri) bersalaman selepas sidang akhbar memperkenalkan struktur baharu pengurusan FAP di pejabat FAP pada Rabu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Bekas ketua jurulatih Kelantan dan Johor Darul Ta'zim (JDT), Bojan Hodak dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) skuad Liga Super Pulau Pinang.

Bekas jurulatih JDT II, Nenad Bacina pula dilantik sebagai pengurus pasukan merangkap ketua jurulatih baharu bagi menggantikan Azzizudin Mohd Shariff yang melepaskan jawatan minggu lepas.

Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) mengumumkan pelantikan Hodak dan Bacina pada Rabu dalam usaha membantu menyelamatkan skuad Harimau Kumbang tercicir daripada saingan Liga Super musim depan.

Presiden FAP, Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff, ketika mengumumkan pelantikan itu dalam sidang media di sini, berkata beliau berharap Pulau Pinang dapat melonjakkan kedudukan dan kekal dalam saingan Liga Super.

Kedua-dua jurulatih berpengalaman itu akan bersama Pulau Piunang sehingga penghujung Liga Super musim ini, katanya.

Pulau Pinang, yang tersingkir dalam kempen Piala Malaysia musim ini, kini tercorot dalam kedudukan Liga Super dengan hanya mencatatkan satu kemenangan, empat seri dan tujuh kekalahan.

Kini Liga Super berbaki 10 perlawanan.

Bagaimanapun, nasib jurulatih Jacksen Tiago yang digantung tugasnya belum diketahui dan rundingan antara FAP dan Tiago masih dijalankan.

Sementara itu, Hodak, yang berasal dari Croatia, berkata beliau perlu melakukan analisis terhadap skuad Harimau Kumbang sebelum melakukan rombakan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan menggugurkan pemain import dan tempatan sekiranya tidak menampilkan aksi yang baik dalam baki perlawanan musim ini.

"Masalah utama pasukan Pulau Pinang musim ini ialah kehadiran pemain muda yang kurang berpengalaman dalam kempen Liga Super," katanya.

Antara kejayaan yang pernah dikecapi oleh Hodak adalah membantu Kelantan merangkul kejuaraan treble Piala Malaysia, Liga Super dan Piala FA pada musim 2012 sebelum membantu JDT muncul juara Liga Super 2014. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan