Ryan Giggs Dijangka Kekal Dengan Tawaran Lebih Baik

Diterbitkan: Rabu, 25 Mei 2016 12:43 PM

Giggs ketika tiba di Hotel Lowry untuk membincangkan mengenai masa depannya di Manchester United.

(Ubah saiz teks)

KEPUTUSAN Ryan Giggs untuk kekal atau meninggalkan Manchester United kini terletak kepada posisi yang akan ditawarkan oleh Jose Mourinho selepas dilantik sebagai pengurus kelab tersebut.

Bagaimanapun Giggs yang akan meninggalkan Manchester pada Selasa untuk bercuti dijangka kekal memegang peranan sebagai penolong jurulatih.

Giggs yang merupakan pemain sayap United dilantik sebagai penolong jurulatih ketika Alex Ferguson menyerahkan tugasnya kepada David Moyes.

Tugas tersebut dikekalkan apabila Louis van Gaal dilantik menggantikan Moyes yang dipecat.

Dailymail melaporkan, Giggs ketika ini telah diberi tawaran yang lebih menjamin masa depan untuk memastikan dia kekal di Old Trafford.

Perbincangan mengenai masa depan Giggs dikatakan telah berlangsung di Hotel Lowry pada Selasa sebelum legenda United itu bercuti.

Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan