Sila Waspada: Jarak Yang Akan Memisahkan Mourinho-Pep Guardiola Hanya 6.5 Km

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2016 3:25 PM

Pep Guardiola (kiri) ketika bersalaman dengan Jose Mourinho dalam satu perlawanan antara Barcelona dan Real Madrid.

(Ubah saiz teks)

6.5 kilometer - itulah jarak yang bakal memisahkan antara Jose Mourinho dengan Pep Guardiola apabila kedua-duanya melaporkan diri untuk bertugas di bandar Manchester bulan depan - seorang untuk United manakala seorang lagi untuk City.

Kedua-dua pasukan ini adalah musuh tradisional sama seperti Real Madrid dengan Atletico Madrid atau antara Arsenal dengan Tottenham.

Ini kerana pasukan-pasukan ini lahir di bandar yang sama.

Namun begitu terdapat sesuatu yang unik mengenai Mourinho dan Guardiola.

Kedua-duanya bekerja dalam satu pasukan iaitu Barcelona selama empat tahun bermula pada tahun 1997 - Mourinho sebagai penolong jurulatih dan penterjemah kepada Pengurus Barca ketika itu, Bobby Robson manakala Pep adalah kapten pasukan tersebut.

Tetapi hubungan mereka menjadi masam apabila Barca memilih Guardiola sebagai jurulatih Barca pada 2008 mengantikan Frank Rijkaard dan bukannya Mourinho.

Mourinho yang mengharapkan Guardiola sekurang-kurangnya melantiknya sebagai penolong tidak berbuat demikian dan mereka berpisah dalam situasi yang negatif.

Sejak saat itu, Mourinho dan Guardiola bermasam muka dalam senyap.

Persaingan dan pertembungan ego di antara mereka kembali semula selepas Real melantik Mourinho sebagai pengurus.

Dalam setiap pertemuan sama ada kedua-duanya bersalaman tetapi tidak berpandangan mata atau berakhir dengan insiden yang pelik.

Salah satu insiden itu ialah apabila Mourinho mencucuk mata penolong Guardiola, Tito Vilanova dengan jarinya dalam pergaduhan di tepi padang.

Guardiola kemudiannya memutuskan untuk mengambil cuti sabatikal selama setahun daripada sebarang aktiviti bola sepak yang mana menurut para pemerhati sukan ini adalah kerana tertekan ekoran persengketaannya dengan Mourinho.



Tito menggantikan Guardiola dan lebih kurang setahun kemudian Tito meninggal dunia kerana kanser.

Kini sejarah bagaikan berulang kembali, kedua-duanya telah ditakdirkan untuk sekali lagi bersaing dalam liga yang sama malah mereka ditakdirkan untuk mendiami bandar yang sama dengan nama pasukan yang hampir sama.

Kedua-duanya juga ditakdirkan untuk mengemudi pasukan baru masing-masing di musim yang sama iaitu musim baru akan datang Ogos nanti.

Namun mereka tidak perlu menunggu sehingga musim baru tiba untuk berjabat tangan kerana United dan City akan bertemu di Beijing 25 Julai nanti dalam satu perlawanan pertunjukan.

Semua akan ternanti-nanti apakah reaksi kedua-dua jurulatih ini apabila mereka bersua lagi namun jauh lebih awal daripada biasa.

Ketika Guardiola menerima lamaran City, dia membuat keputusan itu setelah mengetahui yang Chelsea memecat Mourinho (Disember lalu) tetapi tidak sama sekali menyangka yang Muorinho akan segera kembali ke Liga Perdana Inggeris dengan sebuah kelab yang berpangkalan di bandar yang sama dengannya.


Kita tertanya-tanya apakah Guardiola akan bersetuju untuk menerima lamaran City seandainya Mourinho masih kekal di Chelsea apatah lagi sebagai pengurus Manchester United.

Di dalam fikiran Guardiola, Louis Van Gaal akan terus kekal bersama United untuk setidak-tidaknya menjangkaui tempoh kontraknya sekarang tetapi hakikatnya itu tidak berlaku.

Apa yang akan berlaku ialah, kedua-dua mereka akan bertembung setidak-tidaknya dua kali semusim untuk sekurang-kurangnya tiga musim berturut-turut. Sama ada ia baik untuk sukan ini dan untuk mereka hanya masa yang akan menentukannya.

Yang paling teruja dengan kesemua perkembangan ini ialah pihak media, kerana mereka tidak akan kekeringan berita sensasi untuk dilaporkan.

Inilah yang dinamakan takdir dan sebaik mana sekali pun perancangan yang kita buat, tiada apa yang dapat menandingi perancangan Tuhan.
Tags / Kata Kunci: Pep Guardiola , Jose Mourinho , musuh tradisi

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan