Cedera Hamstring, Suarez Masih Berpeluang Tampil Di Copa America

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2016 8:27 AM

Pemain Barcelona, Luis Suarez menahan kesakitan selepas mengalami kecederaan ketika perlawanan akhir Copa del Rey menentang Sevilla, Ahad. -fotoREUTERS

(Ubah saiz teks)

LUIS Suarez yang mengalami kecederaan hamstring masih berpeluang tampil bersama Uruguay di Copa America.

Suarez tercedera ketika Barcelona menentang Sevilla dalam final Copa del Rey, Ahad. Suarez hanya bermain 57 minit sebelum digantikan Rafinha.

Kecederaan Suarez ini tidak banyak mengganggu Barca yang sudah pun menamatkan musim ini dengan dua gelaran juara tetapi ia mencemaskan pasukan kebangsaan Uruguay.

Uruguay akan turun bermain dalam Copa America Centenario awal Jun ini dan tenaga Suarez sangat diperlukan.

Pasukan perubatan Uruguay dan Barcelona telah bertemu untuk membincangkan tentang pemulihan Suarez.

Hasil pertemuan itu, Suarez bakal menjalani pemulihan di Barcelona pada minggu pertama sebelum terbang ke Amerika Syarikat untuk bergabung bersama rakan-rakannya. Suarez akan terus diberikan terapi pemulihan di sana.

Suarez dikatakan bakal turun padang tetapi jika Uruguay mara ke suku akhir.

"Keputusan pemeriksaan perubatan pagi ini mengesahkan bahawa Luis Suarez mempunyai masalah pada otot paha kanannya," demikian kenyataan rasmi kelab yang dikeluarkan.

"Berdasarkan saranan daripada pasukan perubatan kelab, pemain ini akan menjalani sesi pertama pemulihannya di Barcelona.


"Pada 1 Jun, Luis Suarez akan bergabung dengan pasukan kebangsaan Uruguay di Amerika Syarikat untuk meneruskan proses pemulihan kedua di atas kecederaan ototnya itu.

Uruguay diletakkan dalam Kumpulan C bersama Mexico, Jamaica dan Venezuela.
Tags / Kata Kunci: Luis Suarez , Copa America , hamstring

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan