Pemangku Setiausaha Agung Fifa Dipecat

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2016 8:00 AM

Markus Kattner

(Ubah saiz teks)

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) memecat pemangku setiausaha agungnya, Markus Kattner berkuat kuasa serta merta susulan skandal rasuah yang telah membuatkan presidennya Sepp Blatter meletak jawatan pada Jun 2015.

"Markus Kattner ditamatkan jawatannya berkuat kuasa serta merta," demikian kenyataan Fifa yang dikeluarkan, awal pagi Selasa.

Dalam kenyataan itu Fifa menyebut bahawa Kattner diberhentikan serta merta setelah siasatan dalaman mendapati sejumlah perlanggaran 'tanggungjawab kepercayaan'.

Wartawan BBC, Richard Conway menjelaskan masalah itu dipercayai merujuk kepada pembayaran bonus yang diberikan kepada Kattner yang jumlahnya mencecah jutaan dolar.

Markus Kattner, 45, juga menjadi pengarah kewangan di Fifa.

Pemecatan ini adalah perkembangan terbaru berkaitan skandal rasuah di Fifa.

Pada Isnin sebelum diumumkan pemecatannya, Kattner yang berasal dari Jerman itu dilihat masih berada di markas Fifa.

Tags / Kata Kunci: skandal rasuah , Fifa , Markus Kattner

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan