Mourinho, Ejen Bertemu Lembaga Pengarah United

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2016 5:51 PM

Mourinho mengelak menjawab soalan yang diajukan wartawan yang menunggu di depan rumahnya.

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho sudah berada di kediamannya di London dan bersedia untuk dilantik sebagai pengurus baharu Manchester United.

Beberapa keping gambar menunjukkan beliau meninggalkan kediamannya dan menaiki sebuah kereta Range Rover pada pagi Selasa untuk menyertai mesyuarat dengan lembaga pengarah United.

Ejen Mourinho, Jorge Mendes dilaporkan berlepas ke England untuk memuktamadkan perjanjian tersebut yang akan menyaksikan bekas pengurus Chelsea itu dilantik secara rasmi sebagai pengurus baharu United pada minggu ini.

Mourinho meninggalkan kediamannya di London.

Mourinho yang memakai kemeja-T berwarna kelabu dan berseluar jean cuba mengelak soalan yang diajukan wartawan semasa berjalan menuju ke keretanya.

Beliau dilihat membawa bersama dua buku nota menjelang pertemuan dengan lembaga pengarah Red Devils.

Pelantikan Mourinho akan diumumkan pada petang Selasa tetapi ia mungkin berlanjutan jika rundingan kontrak gagal dimuktamadkan.

Mourinho dijangka ditawarkan kontrak bernilai 15 juta pound sekali gus menjadikan beliau pengurus yang menerima bayaran gaji paling tinggi di dunia seperti mana yang diterima Pep Guardiola (Manchester City).

Sebelum ini timbul khabar angin bahawa Mourinho telah menghubungi mentornya, Louis van Gaal yang pernah bekerjasama dengannya ketika di Barcelona memaklumkan bahawa beliau ditawarkan kontrak untuk mengendali United.

United memecat Van Gaal dua hari selepas membantu pasukan menjulang trofi Piala FA di Wembley.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Manchester United

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan