Lima Sebab Van Gaal Dipecat

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2016 11:05 AM

Louis van Gaal.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United memecat Louis van Gaal dua hari selepas membantu pasukan menjulang trofi Piala FA di Wembley.

Punca utama pemecatan Van Gaal yang diketahui ramai adalah disebabkan kegagalannya dalam mengemudi Red Devils melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Namun terdapat beberapa lagi sebab yang mendorong kepada pemecatan pengurus kelahiran Belanda itu.

Akhbar Press Association Sport mendedahkan lima kesalahan yang dilakukan Van Gaal sepanjang khidmatnya selama dua musim di Old Trafford.

1. Enggan menukar formasi 

Formasi 4-2-3-1 yang menjadi pilihan Van Gaal menjadi salah satu punca mengapa corak permainan United tidak begitu menghasilkan sentuhan luar biasa pada musim ini.

Dua minggu selepas Van Gaal mengambil alih United, beliau berkata: "Saya melatih pemain dengan otak bukan kaki mereka."

Dengan formasi itu, United dilihat kurang menyengat dan gagal menembusi gawang lawan.

Formasi yang digunakan Van Gaal turut mendapat kritikan penyokong United sehingga ke hari ini.

Sama ada formasi 4-3-3 atau 4-1-4-1 mungkin memberikan lebih banyak peluang kepada pemain untuk menjaringkan gol atau menghadiahkan lebih banyak kejayaan untuk Van Gaal.

2. Penjualan Angel Di Maria ke Paris Saint Germain (PSG)

Tiada siapa yang menganggap musim pertama Di Maria di United sebagai berjaya. Pemain tengah Argentina itu menjaringkan empat gol dalam 32 perlawanan.

Namun pemain berusia 27 tahun itu mempunyai kuasa dan skil yang luar biasa.

Apa yang lebih penting, dia memahami pengiktirafan beraksi bersama sebuah kelab terbesar di dunia selepas empat tahun bersama Real Madrid.

Van Gaal sudah tentu menyesal dengan tindakannya menjual Di Maria yang kini menyerlah bersama PSG.

3. Mengkritik pemain sendiri

Semasa zaman Sir Alex Ferguson beliau jarang mengkritik pemainnya di khalayak ramai. Tindakan itu menyebabkan anak buahnya berasa sentiasa dilindungi pengurus mereka.

Berbeza dengan Van Gaal yang dilihat lebih cenderung menyalahkan pemainnya.

Sebagai contoh, Van Gaal menyifatkan Chris Smalling sebagai 'bodoh' selepas dilayangkan kad merah semasa pertembungan antara United dan Manchester City tahun lalu.

Malah perkataan sama turut dilemparkan kepada Robin van Persie selepas menanggalkan jersinya semasa meraikan jaringan penyamaan 1-1 dengan Chelsea.

Selepas menjaringkan gol pertama untuk United, Van Gaal memuji pemain muda Jesse Lingard dalam nada sinis dengan berkata: "Dia bukan pemain sayap terpantas di dunia dan Juan Mata juga bukan pemain sayap terpantas di dunia."

4. Krisis kekurangan penyerang

Apabila Van Gaal menjual Van Persie dan Javier Hernandez masing-masing ke Fenerbahce dan Bayer Leverkusen pada musim panas lalu, ia menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong United.

Ketika Adnan Januzaj menyertai Borussi Dortmund secara pinjaman timbul andaian bahawa sekurang-kurangnya tiga penyerang baharu akan memperkuat Red Devils.

Namun Van Gaal hanya membawa masuk seorang penyerang, Anthony Martial dari Monaco.

Penyerang muda berbakat tetapi kurang berpengalaman itu sering diturunkan dalam skuad utama United selepas hanya beraksi dalam satu musim penuh pada saingan Lique 1.

5. Terlepas aksi Liga Juara-Juara Eropah

United menamatkan aksi Liga Perdana Inggeris musim ini di tangga kelima.

Meskipun berkongsi mata, jumlah perbezaan gol yang ketara menyebabkan Red Devils gagal memintas Manchester City yang berjaya merebut slot terakhir ke saigan Liga Juara-Juara.


Tags / Kata Kunci: Louis van Gaal , Manchester United , pecat

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan