Piala Malaysia: Laluan Sukar Menanti Selangor

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2016 8:53 AM

Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Affandi Hamzah (lima, kanan) bergambar bersama para wakil pasukan serta penaja selepas majlis Undian TM Piala Malaysia 2016 di Sri Pentas pada Selasa. Turut hadir Naib Presiden Kanan Telekom Malaysia Izlyn Ramli (lima, kiri).

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Juara bertahan Piala Malaysia, Selangor berdepan laluan sukar selepas diundi bersama juara dua kali, Kelantan dan Pahang FC selain Kuala Lumpur dalam Kumpulan B.

Pada majlis undian diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama dan dihadiri Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Afandi Hamzah malam ini, juara bertahan Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) pula mendapat laluan selesa selepas diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perak dan PKNS FC.

Pendahulu Liga Perdana, Melaka United yang layak ke Piala Malaysia selepas tujuh tahun, pula diundi dalam Kumpulan D bersama-sama Felda United, Terengganu FA dan Negeri Sembilan.

Finalis Piala Malaysia 2015, Kedah turut berdepan laluan selesa apabila diundi dalam Kumpulan A yang turut melibatkan pasukan Terengganu FC II, Sarawak dan JDT II.

Format baharu Piala Malaysia yang diperkenalkan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) bermula tahun ini, menyaksikan 11 pasukan terbaik Liga Super dan lima pasukan teratas Liga Perdana, selepas berakhir 11 perlawanan liga masing-masing, layak beraksi ke Piala Malaysia.

Setiap pasukan akan bermain secara liga dua pusingan - tiga perlawanan selaku tuan rumah dan tiga perlawanan sebagai pasukan pelawat, dalam saingan Piala Malaysia, dijangka bermula akhir Julai ini.

Dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan mara ke suku akhir Piala Malaysia yang menggunakan format timbal balik.

Keputusan Undian:

Kumpulan A: Terengganu FC II, Kedah, Sarawak, JDT II

Kumpulan B: Selangor, Kelantan, Pahang FC, Kuala Lumpur

Kumpulan C: JDT, PDRM, Perak, PKNS FC

Kumpulan D: Felda United, Terengganu FA, Melaka United, Negeri Sembilan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan