Ibrahimovic Setuju Sertai United

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2016 11:26 AM

Zlatan Ibrahimovic.

(Ubah saiz teks)

ZLATAN Ibrahimovic dilaporkan bersetuju menyertai Manchester United dan ditawarkan jawatan sebagai pembantu pengurus kelab itu.

Menurut laporan akhbar Belanda, De Teelgraaf, Ibrahimovic yang meninggalkan Paris Saint Germain (PSG) berikutan kontraknya yang tamat tempoh telah menolak gaji tahunan sebanyak 39 juta pound (RM233 juta) di China semata-mata untuk berpindah ke Old Trafford.

Akhbar tersebut turut mendedahkan Ibrahimovic, 34, ditawarkan jawatan sebagai pembantu pengurus di Old Trafford sebaik sahaja menggantung butnya nanti.

Tawaran itu seolah-olah mengiyakan kehadiran bekas pengurus Chelsea Jose Mourinho sebagai pengganti Louis van Gaal meskipun belum ada pengesahan rasmi mengenainya.

Ibrahimovic disifatkan sebagai pemain paling menyerlah musim ini dengan menjaringkan 38 gol dalam 31 aksi Liga Perancis dan 50 gol dalam kesemua perlawanan.

Pada Mac lalu pemain kebangsaan Sweden itu mendedahkan beliau berminat untuk berhijrah ke England.

"Ya, terdapat tawaran daripada Liga Perdana Inggeris, saya boleh sahkan mengenai perkara itu.

"Liga Perdana Inggeris adalah liga di dalam dunia yang sentiasa menjadi bualan penyokong dan semua orang," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan