FAP Bakal Umum Pengurusan Baharu Pada Rabu

Diterbitkan: Selasa, 24 Mei 2016 5:51 PM

Hodak dilaporkan akan memikul tugas sebagai CEO di FAP.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) dijangka mengumumkan pengurusan baharu pasukan Harimau Kumbang Rabu, dengan membawa masuk dua muka baharu.

Menurut sumber terdekat pasukan itu, dua muka baharu yang bakal berada dalam peringkat pengurusan ialah bekas ketua jurulatih Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) Bojan Hodak serta bekas jurulatih JDT II Nenad Bacina.

Bojan dikatakan bakal menjadi ketua pengawai eksekutif (CEO) dan Nenad sebagai pengurus pasukan yang baharu, menggantikan Azzizudin Mohd Shariff yang meletak jawatan sebagai pengurus pasukan Harimau Kumbang itu minggu lepas.

Langkah tersebut dikatakan cubaan terakhir untuk menyelamatkan pasukan itu dalam saingan Liga Super selepas tersingkir dalam kempen Piala Malaysia apabila berada di tangga tercorot selepas hanya mencatat satu kemenangan, empat seri dan tujuh kekalahan dalam 12 perlawanan liga.

Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai Bojan dan Nenad serta perjanjian mereka bersama FAP.  

"Biarlah kita tunggu pengumuman rasmi daripada Presiden FAP Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff esok," katanya.

FAP dijadual mengadakan sidang akhbar di pejabatnya pada 4 petang esok, selepas menundanya Isnin lepas.  

Bojan yang berasal dari Croatia bukan asing dalam arena bola sepak tanahair apabila ketika menjadi ketua jurulatih Kelantan berjaya membawa pasukan itu memenangi Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia pada 2012.

Pada 2014, beliau menyertai JDT dan membantu pasukan itu memenangi Liga Super.

Nenad pula merupakan pembantu Bojan semasa di JDT dan dilantik sebagai ketua jurulatih JDT II pada 2015.

Sementara itu, nasib jurulatih pasukan Pulau Pinang yang digantung Jacksen Tiago masih menjadi tanda tanya.

Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang , Harimau Kumbang , FAP

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan