Skuad Bernhardt Mampu Raih Emas Sukan SEA 2017 - FAM

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 7:55 AM

Afandi Hamzah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Skuad bawah 23 tahun (B-23) negara di bawah kendalian Frank Bernhardt mampu mencapai misi pingat emas Sukan SEA 2017 yang dianjurkan Malaysia, tegas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, walaupun Bernhardt menerima 'tugas tambahan' melatih pasukan B-21 dan B-19 negara, beliau yakin fokus pengendali kelahiran Jerman itu tidak terjejas dalam mempersiapkan skuad B-23 meraih ibu segala pingat pada temasya sukan dwitahunan tersebut.

"Kita sudah mengadakan perbincangan dengan Bernhardt sejak awal lagi dan pemain yang akan dipilih mewakili negara pada Sukan SEA nanti datangnya daripada kelompok ini (B-23, B-21 dan B-19).

"Jadi, kita beri peluang kepadanya (Bernhardt) untuk menilai persembahan semua pemain ini selain memudahkan beliau membentuk skuad yang mantap untuk menghadapi kejohanan pada tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada 'Hari FAM bersama Media 2016' di padang Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, Ahad.

Dalam perkembangan berasingan, Afandi menjelaskan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah memberi jaminan kepada FAM untuk menyelesaikan tunggakan gaji lima bekas pemain pasukan Pantai Timur itu sebelum tarikh akhir pembayaran pada 30 Mei ini. 

"Saya difahamkan Kafa sedang berusaha keras menyelesaikan perkara ini," katanya. 

Lima bekas pemain Kelantan iaitu Ahmad Fakri Saarani, Amar Rohidan, Muhammad Nazri Ahmad, Amiridzwan Taj Tajudin dan Mohd Fitri Omar yang sudah menyertai pasukan lain musim ini, dilaporkan masih belum menerima pembayaran penuh tunggakan gaji mereka yang sepatutnya dibayar KAFA pada 11 Mei lepas. 

FAM sebelum ini dilaporkan memberi amaran kepada KAFA untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji berkenaan atau berdepan tindakan pemotongan mata atau disingkirkan ke Liga Perdana sekiranya masih gagal menyelesaikan isu itu. 

Hari FAM bersama Media merupakan antara platform yang digunakan FAM dalam mengeratkan lagi hubungan antara pengamal media sukan dan badan induk itu.

Pelbagai acara seperti tarik tali, bola sepak lima sebelah, sukaneka, bola jaring turut diadakan pada program santai berkenaan yang berlangsung sehari suntuk dan dihadiri ahli exco, staf dan penaja FAM selain pengamal media sukan tempatan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: FAM , Afandi Hamzah

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan