Braga Julang Trofi Piala Portugis

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 9:00 AM

Pemain Braga meraikan kemenangan mereka.

(Ubah saiz teks)

LISBON: Braga memenangi Piala Portugis buat kali kedua dalam sejarah kelab itu awal pagi Isnin selepas menewaskan Porto 4-2 menerusi sepakan penalti susulan terikat 2-2 dalam perlawanan di Lisbon.

Braga memanfaatkan peluang hasil kesilapan benteng pertahanan dengan mendahului dua gol hasil jaringan Rui Fonte dan Josue.

Namun Andre Silva menjaringkan dua gol untuk Porto termasuklah gol penyamaan pada minit ke-91 sekali gus mengheret permainan ke masa tambahan.

Beraksi dalam penuh debaran, Marcelo Goiano membantu menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti selepas Hector Herrera dan Maxi Pereira kedua-duanya terlepas peluang bagi Porto.

Kemenangan itu membolehkan Braga menjulang trofi mereka yang pertama sejak 1966.

Kekalahan itu sekali lagi mengecewakan Porto apabila menamatkan saingan liga di tempat ketiga di belakang Benfica dan Sporting Lisbon.

Lebih menyedihkan pasukan itu tidak memenangi sebarang gelaran sejak 2013. 

Tags / Kata Kunci: Braga , Piala Portugis

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan