Man United Pecat Van Gaal, Mourinho Ambil Alih Tugas Di Old Trafford

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 6:42 PM

Van Gaal dipecat selepas membantu Manchester United menjuarai Piala FA pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United memecat Louis van Gaal, dua hari selepas pengurus Belanda itu membantu skuad menjuarai Piala FA Inggeris.

Selepas mempamerkan aksi hambar dalam kempen Liga Perdana musim ini, Van Gaal terpaksa menelan keputusan ini dan posisinya itu digantikan oleh bekas pengendali Chelsea, Jose Mourinho.

Mourinho (kiri) menggantikan Van Gaal di Old Trafford.



Selain Van Gaal, pembantunya Albert Stuivenberg, jurulatih penjaga gol Frans Hoek serta barisan jurulatih lain turut meninggalkan kelab selepas pengumuman tersebut dibuat.

Sementara itu, Ed Woodward tiba di kompleks latihan di Carrington berjumpa dengan Van Gaal awal pagi Isnin.

Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United itu memberitahu kepada Van Gaal bahawa khidmatnya sebagai pengurus telah ditamatkan dan akan digantikan dengan Mourinho.

Van Gaal tiba di Carrington pada pukul 8.45 pagi dan turut dihadiri pembantu-pembantunya yang lain.

Selain itu, Van Gaal masih lagi mempunyai kontrak berbaki setahun selepas mengambil alih tugas daripada David Moyes dua tahun lalu.

Sepanjang tugasnya di Old Trafford, Van Gaal telah diberi 250 juta pound (RM1.2 bilion) menguruskan kelab bagi memastikan mereka kembali ke saingan Eropah.

Bagaimanapun, piala FA yang dijulang selepas 12 tahun tidak dapat menyelamat tugasnya di kelab ini, selepas gagal layak ke aksi Liga Juara-Juara musim dengan.

Jurulatih penjaga gol, Hoek serta Stuivenberg, penganalisis prestasi Max Reckers juga turut dipecat.

Namun belum ada sebarang kenyataan mengenai Ryan Giggs yang menjadi pembantu utama Van Gaal.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Van Gaal telah diberi tawaran untuk meletak jawatan sebanyak dua kali ketika aksi sukar kelab dalam kempen liga baru-baru ini.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan