Mourinho Tidak Akan Kekal Lama Di Old Trafford - Neville

Diterbitkan: Isnin, 23 Mei 2016 10:37 AM

(Ubah saiz teks)

JOSE Mourinho mampu mengembalikan zaman kegemilangan Manchester United tetapi hanya akan bertahan selama dua atau tiga tahun sahaja di Old Trafford, kata bekas pemain pertahanannya, Phil Neville.

Pengurus kelahiran Portugal itu dikatakan akan menggantikan Louis van Gaal dalam masa terdekat, lapor BBC selepas United sekadar menduduki tangga kelima pada saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Malah, lebih mengecewakan United gagal melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

United menundukkan Crystal Palace di Wembley pada Sabtu untuk menjulang trofi Piala FA tetapi kemenangan itu tidak menjamin kedudukan Van Gaal.

Mourinho dipecat oleh Chelsea pada Disember selepas gagal memulihkan prestasi pasukan itu pada permulaan musim.

Walaupun mempunyai rekod cemerlang dalam mengurus beberapa kelab ternama, Mourinho tidak pernah bertahan lama lebih daripada tempoh tiga tahun dan tiga bulan yang dihabiskannya bersama Chesela.

"Saya tidak melihat dia akan kekal lama bersama United, mungkin dua atau tiga tahun, ia seolah-olah menjadi jangka hayatnya bersama sesebuah kelab.

"Mourinho cenderung dengan trend di mana dia bertelagah dengan beberapa pemain sebagaimana yang pernah berlaku semasa dia mengemudi Chelsea dan juga Real Madrid.

"Ia ibarat satu corak dalam karier Mourinho, dia datang ke sebuah kelab, dia merekodkan kejayaan tetapi dia tidak boleh bertahan lama dengan satu-satu kelab," kata Neville.

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan