Man United Julang Trofi Piala FA, Crystal Palace Terus Kecewa

Diterbitkan: Ahad, 22 Mei 2016 3:15 AM

(Ubah saiz teks)

CRYSTAL Palace sekali lagi ditewaskan Manchester United pada perlawanan akhir Piala FA Inggeris dengan keputusan 2-1 di Stadium Wembley awal pagi Ahad.

Kali terakhir kedua-dua kelab ini bertemu ketika aksi final pada tahun 1990 yang menyaksikan kemenangan memihak kepada Red Devils setelah mencatat gol tunggal dalam masa tambahan selepas terikat seri 3-3 dalam tempoh permainan sebenar.

Kemenangan dramatik anak buah Louis van Gaal itu hadir selepas tersentak dengan gol pertama perlawanan pada minit ke-78 menerusi anak buah Alan Pardew, Jason Puncheon.

Namun tiga minit kemudian, Juan Mata berjaya menyamakan kedudukan dengan tendangan kencang ke arah penjaga gol Wayne Hennessey.

Bagaimana pun perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan selepas terikat seri 1-1 dalam tempoh penuh permainan.

Sementara itu, United terpaksa bermain dengan sepuluh pemain selepas Chris Smalling menerima kad kuning kedua sekaligus terpaksa keluar padang seminit sebelum tamat masa tambahan pertama.

Kedua-dua pasukan kelihatan lebih tertekan dalam mencari gol kemenangan, lebih-lebih lagi United yang kekurangan seorang pemain.

Bijak mengatur serangan demi serangan yang diketuai Wayne Rooney, pemain tengah United, Jesse Lingard berjaya menyumbang gol penting menerusi tendangan kencang kaki kanannya dari atas garisan kotak penalti.

Jaringan Lingard itu telah meranapkan impian The Eagles untuk meraih trofi Piala FA buat kali pertama selepas dua kali mara ke pentas akhir.

Trofi  kejuaraan ini amat bermakna buat United selepas gagal layak ke aksi Liga Juara-Juara musim selepas menamatkan saingan Liga Perdana di tangga kelima baru-baru ini.

Malah ia juga dianggap ‘tiket’ tambahan bagi Van Gaal untuk terus berada di Old Trafford selepas posisinya dilaporkan goyang berdasarkan prestasi skuad musim ini sehingga menerima pelbagai kritikan daripada penyokong-penyokong setia United.

Kemenangan ini juga merupakan rekod terbaharu United menjulang trofi Piala FA di Stadium Wembley buat kali pertama selepas tahun 1999.

Lebih bermakna gelaran juara ini juga menjadikan United berjaya menyamai rekod kemenangan paling banyak yang dicatat Arsenal sebanyak 12 kali.

Sebagai rekod, kali terakhir United menjulang trofi Piala FA pada tahun 2004 dengan menewaskan Millwall,3-0.

Senarai pemain:


Manchester United:  De Gea, Valencia, Smalling, Blind, Rojo (Darmian), Carrick, Mata (Lingard), Fellaini, Rooney, Martial, Rashford (Young)
(simpanan):  Jones, Romero, Ander Herrera, Schneiderlin
Jurulatih: Louis van Gaal

Crystal Palace:  Hennessey, Ward, Dann (Mariappa), Delaney, Souare, Jedinak, Cabaye (Puncheon), Zaha, McArthur, Bolasie, Wickham (Gayle)
(simpanan): Speroni, Mariappa, Gayle, Adebayor, Sako, Kelly, Puncheon
Jurulatih: Alan Pardew

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan