Razip Kecewa Benteng Pertahanan Pahang Lemah

Diterbitkan: Ahad, 22 Mei 2016 10:26 AM

Razip Ismail. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kelemahan benteng pertahanan Pahang telah mengakibatkan pasukan itu dihukum dengan kekalahan besar 0-6 ketika bertemu JDT di halaman sendiri malam Sabtu.

Ketua Jurulatih Pahang, Razip Ismail berkata, beliau amat kecewa dengan persembahan yang dipamerkan oleh para pemain di posisi itu yang dilihat terlalu banyak melakukan kesilapan. 

"Pada awal minit pertama, kita bermula dengan baik tetapi apa yang mengecewakan malam ini ialah cara kita bertahan. 

"Enam gol dijaringkan pihak lawan adalah berpunca daripada kelemahan barisan pertahanan tetapi kesalahan bukan sahaja dipikul oleh empat pemain pertahanan bahkan kesemua mereka. 

"Di Johor Baharu tempoh hari kita masih boleh bertahan tetapi di halaman sendiri kita tidak mampu. Saya tidak tahu apa punca sehingga begitu banyak kesilapan dilakukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan di Stadium Darul Makmur di sini, malam Sabtu.

Razip berkata, kekalahan besar yang dialami perlu diambil iktibar dan diperbaiki oleh pasukan dalam usaha mengekalkan skuad Tok Gajah dalam kancah Liga Super musim depan. 

"Dalam tempoh rehat selepas ini kita akan gunakan sebaik-baiknya untuk meningkatkan segalanya termasuk kecergasan. 

"Saya amat berharap pemain dapat berubah dan meningkatkan prestasi bagi memperbaiki kedudukan dalam liga. 

"Kalau terus bermain seperti ini pada pusingan kedua, kita mungkin kalah lebih teruk dan tidak kekal dalam Liga Super musim hadapan," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Razip Ismail

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan