Van Gaal Belum Selamat Walau Man United Menang Piala FA - Paul Ince

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2016 8:21 AM

Louis van Gaal

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain tengah Manchester United, Paul Ince tidak pasti tentang kedudukan Louis van Gaal sebagai pengurus kelab, walaupun kelab itu mampu menang dalam final Piala FA menentang Crystal Palace lewat malam ini.

Bagaimanapun, Ince berpendapat bahawa corak dan gaya permainan bola sepak United musim ini adalah sebab utama mengapa pengurus dari Belanda itu berada di bawah tekanan.

Ince menghabiskan enam tahun di Old Trafford di mana dia memainkan peranan dalam dua kejayaan Liga Perdana Inggeris dan merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi Piala FA pada tahun 1990 dan 1994.

Dia memberitahu Sky Sports News HQ pada Jumaat: "Ia bukan hanya tentang kemenangan trofi. Dia (Van Gaal) berkata memenangi piala adalah lebih baik daripada menduduki kelompok empat teratas. Tetapi setahu saya itu tidak masuk akal.

"Mereka perlu berada dalam Liga Juara-Juara dan memenangi Piala FA tidak akan mengubahnya. Tetapi saya fikir ia lebih kepada gaya bola sepak yang peminat telah lihat tahun ini.


"Ia bukan permainan bola sepak yang menarik, bebas dan mewujudkan peluang. Mereka telah bergelut untuk menjaringkan gol.

"Jika mereka menang ia hanya akan menutup keretakan dan jika mereka kalah, Ed Woodward (ketua eksekutif) akan mempunyai keputusan yang perlu dibuat.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan