Liga Juara-Juara: Atletico Tidak Turun Untuk Balas Dendam - Bola Sepak | mStar

Liga Juara-Juara: Atletico Tidak Turun Untuk Balas Dendam

Diterbitkan: Sabtu, 21 Mei 2016 7:17 AM

Saul Niguez ketika menjalani sesi latihan.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Atletico Madrid, Saul Niguez menepis tanggapan bahawa Atletico akan turun pada final Liga Juara-Juara berdepan Real Madrid dengan misi balas dendam.

Dia yang baharu menyambung lima tahun kontrak bersama kelab itu berkata, perlawanan tersebut adalah tentang mencipta sejarah kerana jika Atletico menjadi juara dalam perlawanan 28 Mei ini, mereka akan menjadi juara baharu.

Ini kerana, kelab ini tidak pernah memenangi kejohanan berprestij antara kelab-kelab Eropah sebelum ini.

Ketika final dua tahun lalu, di Stadium Da Luz, Lisbon, Portugal, Atletico sempat mendahului terlebih dahulu tetapi akhirnya kalah 1-4.

Niguez mengakui bahawa Madrid memang lebih hebat tetapi jika mereka berjaya menjadi juara, maka mereka adalah lebih hebat.

Tambahnya, Los Blancos perlu menunjukkannya kehebatan mereka di padang.

"Jika Real Madrid adalah pasukan yang hebat, mereka harus membuktikannya di padang," katanya, memetik Radio Marca.

"Final di Milan kali ini bukanlah perlawanan ulangan di Lisbon, ini juga bukan soal balas dendam, ini soal mencipta sejarah.

"Kami tahu Madrid adalah pasukan hebat. Perlawanan akan menjadi sukar, tapi kami hanya memikirkan tentang bagaimana untuk menang," katanya.

Atletico layak ke final setelah menyingkirkan Barcelona dan Bayern Munich di babak suku akhir dan separuh akhir.

Ini membuatkan mereka dinilai mempunyai peluang seimbang dengan Madrid untuk menang di final.

Tags / Kata Kunci: Liga Juara-Juara , Saul Niguez
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan