Menang Piala FA Lebih Penting Buat United - Van Gaal - Bola Sepak | mStar

Menang Piala FA Lebih Penting Buat United - Van Gaal

Diterbitkan: Jumaat, 20 Mei 2016 7:22 AM

Louis van Gaal

(Ubah saiz teks)

LOUIS van Gaal berkata menang Piala FA lebih penting berbanding mara ke Liga Juara-Juara.

Manchester United akan menentang Crystal Palace di final Piala FA Inggeris, Sabtu, dalam perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Wembley.

Katanya, perlawanan esok adalah 'luar biasa penting' bagi United untuk menebus semua kegagalan mereka pada musim ini.

"Mara ke Liga Juara-Juara bukan satu gelaran. Piala FA adalah satu gelaran," kata Van Gaal dalam sidang media menjelang perlawanan tersebut.

"Ia penting untuk pemain. Mereka akan dapat melihat dan memegang piala itu, dan ia akan menjadi saat-saat yang menggembirakan kerana Piala FA adalah satu gelaran yang hebat," katanya memetik BBC.

Perlawanan final Piala FA dikatakan akan menjadi peluang terakhir Van Gaal untuk membuktikan dirinya bakal bertahan lebih lama di Old Trafford.

Mengulas mengenai perkara ini Van Gaal berkata pada masa ini apa yang penting adalah meraih piala, bukannya masa depan seorang pengurus.


"Bagi Manchester United, Piala FA adalah piala yang penting. Piala FA kali terakhir dimenangi adalah pada tahun 2004, ia sudah begitu lama.

"Kelab seperti Manchester United memerlukan gelaran juara. Tidak elok untuk bercakap tentang kepentingan saya. Gelaran ini penting buat kelab dan buat pemain ia sangat penting, begitu juga pengurus dan kakitangan," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan