Man United Rekod Jumlah Gol Terburuk Sejak 1990 - Rooney

Diterbitkan: Khamis, 19 Mei 2016 9:27 AM

(Ubah saiz teks)

WAYNE Rooney mengakui Manchester United tidak layak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim depan.

Rooney mendakwa, ini kerana United hanya mampu menjaringkan 49 gol sepanjang musim ini untuk menjadikan ia rekod terburuk kelab sejak 1990.

Berikutan kekurangan gol yang ketara juga, United gagal bersaing dengan Manchester City yang berada di kedudukan keempat.

"Ya memang menyeksakan apabila tidak layak ke UCL. Tetapi kami tidak menjaringkan gol yang cukup pada musim ini. Itu sahaja gol kami selepas 38 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris.

"Kami menamatkan liga setakat mampu. Kami tidak cukup baik untuk berada di kedudukan keempat, banyak lagi perlu diperbaiki pada musim depan," katanya.

Berikutan kegagalan itu, pelbagai pihak mahukan Louis Van Gaal meninggalkan United pada musim ini kerana kelab itu perlukan pemulihan pantas bagi menghadapi musim depan.

Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan