Sevilla Benam Liverpool, Pertahan Trofi Liga Europa

Diterbitkan: Khamis, 19 Mei 2016 7:22 AM

Pemain Sevilla meraikan kejayaan pasukan itu mempertahankan trofi Liga Europa ketiga.

(Ubah saiz teks)

SEVILLA bangkit pada babak kedua untuk menundukkan Livepool 3-1 pada aksi final Liga Europa di Basel, awal pagi Khamis.

Kemenangan itu membolehkan Sevilla menjulang trofi ketiga kejohanan itu pada musim ini.

Malah Sevilla menjadi pasukan pertama untuk memenangi kejohanan itu buat kali ketiga berturut-turut selepas Bayern Munich antara tahun 1974 dan 1976.

Anak buah Jurgen Klopp dilihat berpotensi memenangi kejohanan itu apabila mendahului seawal minit ke-35 menerusi jaringan Daniel Sturridge.

Namun kedudukan itu hanya bertahan sehingga tamat pertama sebelum pemain Sevilla bangkit menguasai perlawanan di separuh masa kedua.

Kevin Gameiro menyamakan kedudukan pada minit ke-47 sebelum Coke mengukuhkan cengkaman Sevilla menerusi gol kedua minit ke-64.

Coke kemudiannya menambah gol kedua peribadinya pada perlawanan itu ketika perlawanan berbaki 10 minit.

Pertembungan di Basel itu sekali lagi menyaksikan kegagalan Liverpool memperoleh sebarang trofi musim ini selain turut tewas kepada Manchester City pada aksi final Piala Capital One.

Kapten Liverpool, James Milner mengakui pasukan itu tidak bermula dengan baik pada babak kedua dan gagal mempamerkan persembahan sebenar mereka.

"Kekalahan ini amat mengecewakan kami. Kami bermula baik pada babak pertama tetapi segalanya berubah di babak kedua. Kami memberi banyak peluang kepada pasukan lawan.

"Kekalahan ini memberi tamparan hebat kepada pasukan yang sepatutnya berpeluang cerah membawa pulang dua trofi selepas mara ke final tetapi kami gagal memanfaatkan peluang yang ada," katanya.



Tags / Kata Kunci: Sevilla , Liverpool , Liga Europa

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan