Kedah Turut Uji Pemain Bosnia, Persediaan Ganti Sandro

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2016 10:09 AM

Pemain import Kedah Dari Brazil, Kahe dan Sandro berkemungkinan Besar akan digugurkan dari skuad hijau kuning.

(Ubah saiz teks)

SELAIN penyerang dari Columbia, Kedah dilapor akan turut menerima kehadiran pemain dari Bosnia Herzergorvina untuk diuji bagi menggantikan Carlos Eduardo De Souza atau Kahe pada Jun ini.

Perkara itu disahkan oleh pegawai kanan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang enggan dikenali kerana pemain-pemain berkenaan belum tiba di Alor Setar untuk untuk diuji.

"Kita tak boleh umum secara rasmi ketika ini kerana pemain belum tiba lagi, cuma pengesahan yang diperolehi setakat ini memang ada penyerang yang akan datang untuk diuji.

"Selain Columbia, ada juga dari Bosnia. Kesemua mereka akan melalui proses ujian sebelum pemilihan dibuat.

"Kita tidak mahu terburu-buru dan akan hanya memilih penyerang yang berkualiti untuk menyarung jersi hijau kuning. Mereka perlu penuhi ciri-ciri yang dikehendaki Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe," katanya kepada mStar Online.

Pemain import yang akan ditandatangani oleh Kedah bakal menggantikan Kahe yang akan tamat kontrak selama enam bulan pada Jun.

Tambah pegawai kanan berkenaan, pemilihan akan turut dibuat sebagai persediaan bagi menggantikan Sandro Da Silva sekiranya pemain tengah itu tidak dapat kembali membantu Kedah selepas pembedahan di Brazil.

Jelasnya, Da Silva yang telah pulang ke Brazil akan menjalani pembedahan tulang belakang dalam tempoh terdekat, tetapi jika kecederaan itu gagal dirawat, Kedah terpaksa memilih pemain baharu.

"Semua ini perlu dilakukan bagi menyediakan pasukan yang mantap untuk terus berjuang dalam Liga Malaysia," ujarnya.

Sementara itu, Presiden KFA dan juga Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengesahkan sedang berbincang untuk mendapatkan penyerang baharu.

"Selepas pemilihan dibuat dan persetujuan dicapai barulah kita akan beri kontrak kepada pemain berkenaan dan pengumuman dibuat.

"Kita akan tengok pemain yang benar-benar dapat membantu pasukan Kedah untuk menghasilkan gol, ini penting," jelas beliau.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Helang Merah , Bosnia , Columbia

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan