Dua Liga Medan Pemain PPBN Berentap

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2016 7:43 PM

Pemain muda PPBN pada majlis penajaan Adidah kepada program itu di Putrajaya, Rabu.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bagi memastikan ilmu dan bakat mereka sentiasa berada di tahap terbaik, Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) memperkenalkan dua kejohanan liga untuk pemain muda yang menyertai program ini bermula Mac lalu.

Selepas dua tahun PPBN dilancarkan, perkembangan positif dapat dilihat bukan sahaja dari segi pembangunan bakat-bakat muda ini, tetapi sambutan penyertaan semakin bertambah.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sehingga kini seramai 19,252 pemain Bawah 7 hingga 12 tahun berada dalam program ini.

"Buat pertama kalinya, Liga PPBN (B13-17 Tahun) Zon dan Liga Akademi Tunas Zon untuk pelatih-pelatih Bawah 10 hingga 12 tahun diadakan.

"Sebelum ini liga lengkap untuk pemain-pemain muda dalam peringkat umur seperti ini belum lagi ada.

"Sejak program ini dilancarkan, kuantiti pemain semakin bertambah dengan pemantauan seramai 966 jurulatih keseluruhannya.

"Saya harap jumlah peserta berkualiti akan meningkat menjelang 2020 bagi memastikan sasaran kita untuk layak beraksi pada Piala Dunia tercapai," jelasnya pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian penajaan Adidas bersama PPBN pada Rabu.

Pada majlis tersebut, Adidas Malaysia secara rasmi sebagai penaja pakaian lengkap kepada  skuad elit PPBN dan pasukan-pasukan di  Akademi Bola Sepak Negara, Gambang, Pahang selama tiga tahun bermula 2016 dengan nilai RM1.2 juta keseluruhannya.

"Hari yang istimewa buat Adidas kerana kami amat teruja untuk menjalin kerjasama sebagai penaja pakaian rasmi PPBN. Kami berhasrat untuk meningkatkan mut bola sepak Malaysia dan memberi nilai tambah kepada kualiti yang dimiliki pemain muda kita," jelas Pengurus Besar Adidas Malaysia, Max An.

Pastinya dengan tajaan lengkap kit dan peralatan serba baharu ini menambahkan lagi keyakinan untuk mempamerkan prestasi terbaik skuad utama PPBN, lebih-pebih lagi Bawah 14 Tahun (B-14) yang bakal menyertai Jelajah Eropah bermula 27 Mei ini.

Pasukan muda DNA bola sepak negara yang dibimbing Pengarah Projek PPBN, Lim Teong Kim ini akan menjelajah negara Jerman, Perancis, Switzerland, Austria dan terbaharu Itali.

Mereka dijangka berdepan dengan akademi bola sepak skuad muda Inter Milan, Juventus serta enam buah pasukan di Itali.

Pada sesi Jelajah Eropah tahun lalu, skuad B-13 PPBN telah menunjukkan prestasi positif dengan menewaskan beberapa akademi bola sepak Eropah terkemuka dunia ketika aksi perlawanan persahabatan, malah turur melakar sejarah dengan menjuarai Piala Iber di Costa Del Sol, Sepanyol.

Selain itu, pemain-pemain yang tidak terpilih ke Jelajah Eropah tahun ini bakal beraksi dalam Festival Bola Sepak Serantau AFC Bawah 14 Tahun Ogos ini.



Tags / Kata Kunci: PPBN , Khairy Jamaluddin , liga

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan