11 Muka Baru Perkuat Harimau Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 18 Mei 2016 1:13 PM

(Ubah saiz teks)

KELANA JAYA: Seramai 25 pemain dipanggil bagi menjalani persiapan bagi menentang Myanmar untuk perlawanan antarabangsa 'A', pada 28 Mei ini di Yangon sebelum aksi  play-off kelayakan Piala Asia 2019 pada awal bulan depan.

Skuad Harimau Malaysia yang dibimbing ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee ini memilih 25 pemain termasuk sebelas muka baharu.

"Transisi pemain kali ini dilihat lebih seimbang bukan sahaja dari segi kekuatan tetapi faktor umur pemain.

"Antara muka baharu yang dipanggil termasuk penyerang muda dari Pulau Pinang, S. Kumaahran yang pernah beraksi untuk Harimau Muda.

"Dia  juga banyak terlibat secara kompetitif dengan pasukan negeri dalam saingan Liga Malaysia.

"Turut dipanggil pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Amirulhadi Zainal, Abdul Latiff Suhaimi (PDRM) dan Khiar Muhammad Jefri Jones  dari Melaka," jelasnya pada sidang media bulanan skuad kebangsaan di Wisma FAM pada Rabu.

Selain itu baki tujuh lagi muka baharu terdiri daripada Putera Nadher Amarhan Maderner, Muhammad Fazly Mazlan, S. Chanthuru  (JDT), Ahmad Fakri Saarani (Kedah), R. Gopinathan dan Ahmad Hazwab Bakri (Selangor) dan, Christie Jayaselan (Felda).

Manakala 14 pemain yang kekal termasuk tiga penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Mohd Izham Tarmizi Roslan (JDT), Mohd Farhan Abu Bakar (Kedah).

Turut kekal kapten pasukan Safiq Rahim, S. Kunanlan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak, Mohamad Fadli Mohd Shas, Mohd Amri Yahya, Baddrol Bakhtiar, Muhammad Shahrom Abdul Kalam, Mohd Azrif Nasrulhaq, Brendan Gan Seng Ling, Matthew Thomas Davies dan Mohammad Amirulhisyam Awang Kechik.

Skuad Kebangsaan bakal berdepan an Timor Leste dalam aksi pertama dan timbal balik di Stadium Larkin berikutan keadaan infrastruktur padang pasukan lawan tidak memuaskan.

Jika menang ke atas Timor-Leste, Malaysia akan layak terus ke saingan peringkat kumpulan kelayakan Piala Asia 2019 yang bakal bermula 28 Mac 2017.

Namun, jika tewas, Malaysia tetap berpeluang untuk layak ke peringkat kumpulan itu tetapi perlu memenangi perlawanan play-off 2, bertemu Taiwan atau Kemboja pada 6 September (tempat sendiri) dan 11 Oktober (tempat lawan).

Malaysia dan Timor-Leste pernah bertemu dua kali sebelum ini memandangkan kedua-dua pasukan berada dalam Kumpulan A saingan kelayakan Piala Dunia 2018 yang menyaksikan keputusan seri 1-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 11 Jun tahun lalu dan Malaysia menang 1-0 di Dili pada 13 Oktober menerusi jaringan Amri Yahyah.

Tags / Kata Kunci: Harimau Malaysia , Timor Leste

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan