Valencia CF, JDT Jalani Sesi Latihan Bersama Khamis Ini

Diterbitkan: Selasa, 17 Mei 2016 5:31 PM

Dua pemain Valencia, Aymen Abdennour (tengah) dan Shkodran Mustafi (kiri) ketika menentang Real Madrid dalam perlawanan terakhir saingan La Liga musim ini di stadium Santiago Bernabeu, 8 Mei lalu. -fotoAFP

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gergasi bola sepak Sepanyol, Valencia CF dan juara Piala FA 2016, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan mengadakan sesi latihan bersama pada Khamis ini.

Sesi latihan itu yang akan diadakan di Pusat Latihan Tertutup Dato Suleiman Mohd Noor di Johor Baharu, adalah sebahagian daripada pendekatan global pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam membangunkan bola sepak negeri berkenaan.

Laman Facebook rasmi JDT 'The Southern Tigers' pada Selasa, juga mengesahkan  wakil daripada Valencia dan La Liga akan mengadakan pertemuan dengan Pengurusan Kanan JDT bagi membincangkan pembangunan Akademi JDT yang sedang diusahakan.

"Ia satu penghormatan dan penghargaan kepada kelab kita untuk menerima kehadiran kelab besar seperti ini ke Johor dan lawatan ini jelas memberi manfaat dan menunjukkan betapa pentingnya mempunyai jalinan hubungan global dengan kelab-kelab antarabangsa," kata laman Facebook itu.

Malam tadi, kelab bola sepak Sepanyol itu membuat kejutan kepada peminat di Malaysia menerusi laman Facebook rasmi kelab berkenaan, 'Valencia CF' dengan menawarkan peluang kepada peminat bertemu bintang kegemaran mereka.

Sesi latihan itu, yang merupakan sebahagian daripada lawatan promosi kelab bola sepak Sepanyol itu ke Singapura dan Malaysia, akan menampilkan pemain seperti Javi Fuego, Santi Mina, Mathew Ryan dan Jaume Domenech, di samping ketua jurulatih Pako Ayestaran.

Selain itu, legenda kelab itu Gaizka Mendieta dan David Albelda, turut bersama pasukan itu, termasuk melibatkan acara kebajikan dan komersial serta sesi bertemu peminat dan media, yang akan menampilkan rancangan perluasan kelab berkenaan dan La Liga di Asia, kata laman Facebook tersebut.

Juara enam kali La Liga serta juara tujuh kali Copa del Rey dan sekali meraih gelaran Piala UEFA, menamatkan saingan La Liga musim ini, di tempat ke-12 dengan 44 mata.

Barcelona muncul juara La Liga musim ini setelah mengutip 91 mata.
Tags / Kata Kunci: sesi latihan , JDT , Valencia CF

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan