Insiden Stamford Bridge: FA Denda Chelsea, Spurs

Diterbitkan: Selasa, 17 Mei 2016 10:01 AM

(Ubah saiz teks)

CHELSEA dan Tottenham Hotspur masing-masing didenda 375,000 pound (RM2.2 juta) dan 225,000 pound (RM1.3 juta) selepas mengakui gagal mengawal pemain dan kakitangan mereka selepas tamat saingan di Stamford Bridge.

Persatuan Bola Sepak England (FA) dalam satu kenyataan di laman web mereka mengesahkan jumlah denda tersebut.

"Chelsea dan Tottenham Hotspur didenda 375,000 pound (RM2.2 juta) dan 225,000 pound (RM1.3 juta) selepas kedua-dua kelab mengakui melanggar tiga peraturan FA E20 iaitu gagal mengawal pemain dan kakitangan mereka.

"Ia susulan insiden pergaduhan yang berlaku pada minit ke-45 dan 87 serta semasa tamat perlawanan di Stamford Bridge pada 2 Mei lalu.

"Sebelum pertembungan ini, Chelsea telah melanggar Peraturan FA E20 dalam empat perlawanan berasingan manakala Tottenham Hotspur sebanyak dua kali sejak November 2014.

"Berikutan pendengaran Suruhanjaya Peraturan Bebas, kedua-dua kelab diberi amaran tentang kelakuan mereka pada masa depan.

Pemain Spurs, Dembele, 28, dilihat cuba mengasari Diego Costa di bahagian mata.

Sementara itu, pengurus Spurs, Mauricio Pochettino terpaksa masuk ke dalam padang untuk meleraikan pergaduhan antara pemain pertahanan Spurs, Danny Rose dan penyerang Chelsea, Wiliiam.

Rose turut terlibat dalam satu lagi pertengkaran yang menyaksikan pengurus Chelsea Guus Hiddink ditolak jatuh.

Perlawanan itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat seri 2-2 sekali gus meranapkan impian Spurs untuk menduduki tangga kedua liga.

Sebanyak 12 kad kuning dilayangkan semasa pertembungan yang dicemari dengan insiden pergaduhan itu.


Tags / Kata Kunci: Chelsea , Tottenham Hotspur , FA , denda

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan